Ahad, 27 Ogos 2017

PERJUANGAN MAMAGUN RELEVAN DAN PERLU DISOKONG KERAJAAN, KATA RUBIN

OLEH: ULU PADAS
 
RASMI!!...PALUAN GONG 3 KALI DIRASMI RUBIN

 KEBEBASAN bersuara dan menubuh persatuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang diamalkan dinegara ini merupakan platfom untuk rakyat bagi menyuarakan tuntutan mereka kepada kerajaan mengikut lunas lunas demokrasi, kata Datuk Rubin Balang Adun Kemabong. 

Namun demikian, kebebasan tersebut bukan bermakna mereka bebas menyuarakan sesuatu tuntutan keatas hak hak mereka yang berlebihan sehingga mencetuskan perbalahan dengan kerajaan, katanya.

Sebaliknya tegas Rubin, golongan tersebut mempunyai akses untuk berbuat demikian (tuntutan) asalkan tuntutan mereka mempunyai asas dan berfakta yang membawa cadangan itu boleh dipertimbangkan kelak, tegasnya.

Rubin turut mengambil contoh dinegara New Zealand dimana penduduk asal atau “orang asal” negara itu adalah suku kaum Maori malah yang disegani oleh pihak pemerintah dinegara itu kerana ketegasannya menyuarakan hak hak mereka menerusi persatuan mereka yang dianggap tegas dan berani.
KADOH KETUA MAJLIS PENASIHAT

Malahan setiap kali pemerintah berhasrat untuk menerokai kawasan suku kaum Maori untuk melaksanakan sesuatu pembangunan, namun perkara utama yang perlu diselesaikan adalah persetujuan golongan itu perlu diperolehi sebelum ianya dimulakan.

Melihat keadaan itu, betapa pentingnya suara golongan orang asal itu perlu didengari untuk mengelakkan berlakunya sesuatu perbelahan dimana jika ianya berlaku sudah pastilah persatuan orang asal negara itu akan lebih lantang menyuarakan penentangan mereka terhadap pemerintah.

Mengenai dengan penubuhan NGO Mamagun, Rubin  berkeyakinan bahawa pertubuhan tersebut boleh membantu pertubuhan atau persatuan lain khususnya Persatuan Murut Sabah (PMS) menyatu padukan perpaduan masyarakat Murut selain mempertahankan hak asasi mereka, katanya.

 Ini kerana, NGO Mamagun yang bermisikan perjuangannya untuk “orang asal” yang merangkumi pelbagai kesukuan seperti Dusun, Murut, Tatana, Bisaya, Lundayeh, Tombonuoh, Sungai, dan lain lain, dimana suku Murut sebahagian daripada keluarga besar Mamagun/Momogun, jelasnya.

 “ Oleh itu, kewujudan Mamagun tidak memberi saingan kepada PMS...(dan) tiada sebab kita tidak boleh bekerjasama dalam membangunkan suku kaum Murut dan orang asal dalam Barisan Nasional (BN),” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) diFatt Choi Cabbin dekat sini pada Sabtu.

 Selain itu, Rubin turut menyatakan kesediaannya untuk membantu NGO Mamagun bersama dengan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Adun Melalap Datuk Seri Radin Malleh bagi memudahcarakan aktiviti Mamagun dalam melaksanakan misi dan visi mereka.

Dimajlis itu, barisan Majlis Penasihat Pertubuhan Mamagun yang baharu dilantik menerima surat waktikah perlantikkan disampaikan Datuk Rubin terdiri daripada bekas Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Kadoh Agundong, Fredian Gan, OKK Sukimin Rukini, Mail Mathew dan Henry Bating. Ends///.