Sabtu, 3 September 2016

KLINIK KESIHATAN MELALAP DAPAT AMBULAN BAHARU

Oleh: Mail Mathew 
 
KEMUDAHAN CANGGIH!!!...kata DO Tenom

MELALAP: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Adun Melalap Datuk Radin Melalap melakukan penyerahan simbolik sebuah kenderaan baharu untuk perkhidmatan Ambulan bagi Klinik Kesihatan Melalap. 

Kenderaan Ambulan yang baharu itu diterima dengan rasminya oleh Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Tenom, Dr Eric Tan Chee How dan disaksikan Pegawai Daerah Madiyem Layappan dan beberapa pegawai lain.

Majlis penyerahan ringkas itu dijalankan diperkarangan Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang sejurus selepas program Gegar 10000 larian Merdeka 2016 selesai. Dengan adanya kenderaan baharu itu dapat melicinkan lagi penghantaran pesakit tenat ke Klinik Pakar Keningau tanpa mengambil masa panjang. Setakat ini,

Klinik tersebut hanya bergantung kepada bantuan Ambulan daripada Hospital Daerah Tenom untuk menghantar pesakit tenat ke Klinik Pakar Keningau untuk mendapatkan rawatan segera.

RASMI!!!...Serah kepada Klinik Melalap kata Radin
Klinik Kesihatan Pekan Kecil Melalap mempunyai sebuah bangunan klinik perubatan untuk rawatan biasa dan mempunyai seorang Doktor Perubatan terlatih dan dibantu beberapa kakitangan sokongan seperti Pembantu Perubatan terlatih serta Unit Farmasi yang berpengalaman. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.AMBULAN 1- Radin memotong ribin sebagai simbolik penyerahan kenderaan Ambulan baharu untuk kegunaan Klinik Kesihatan Melalap. 2. AMBULAN 2- Radin (belakang) dan DO Tenom (berbaring atas kerusi depan) menguji kemudahan yang ada didalam kenderaan baharu itu.

LEBIH 3,000 SERTAI PROGRAM 10 RIBU LANGKAH MERDEKA 2016 DIMELALAP

Oleh: Mail Mathew 
 
RADIN LAKUKAN PELEPASAN PARA PESERTA

MELALAP: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh melepaskan kira kira lebih 3,000 orang peserta Program Gegar 10000 Langkah Merdeka Peringkat Daerah Tenom dan Kem Kesihatan Anjuran Klinik Kesihatan Melalap. 

Program tersebut anjuran Klinik Kesihatan Melalap dengan kerjasama Penasihat Klinik Kesihatan Melalap diadakan diDewan Datuk OKK Sanggau Pekan Kecil Melalap pada Sabtu, dimana antara lain tujuannya untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran rakyat berbilang kaum mengenai kesihatan.

Radin yang juga merupakan Adun Melalap berkata, Program Berjalan 10,000 Langkah anjuran Kementerian Kesihatan sejak tahun 2009 telah memberikan banyak manfaat khususnya dari segi kesihatan, kerana kehidupan moden telah mengubah amalan-amalan dan gaya hidup rakyat seperti cara pemakanan yang tidak sihat.

Keadaan bertambah parah apabila amalan merokok serta amalan pengambilan alkohol yang berlebihan yang menyebabkan peningkatan kes-kes penyakit tidak berjangkit, katanya.

“ Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana kerana telah berjaya melaksanakan program ini demi kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat di daerah Tenom khususnya di Mukim Melalap ini.

 “ Saya difahamkan berjalan 10,000 langkah juga adalah bersamaan dengan jarak perjalanan 6.5 km yang akan membakar sejumlah 380 kalori. Aktiviti berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan akan mengurangkan 64 gram lemak.

“ Jika kita berjalan selama 20 minit (sejauh 1.8 km) akan membakar nilai kalori sebiji pisang;  manakala berjalan selama 30 minit (sejauh 2.6 km) akan membakar nilai kalori sebiji karipap; dan jika berjalan dalam tempoh 60 minit (sejauh 4.8 km) akan membakar nilai kalori sekeping roti canai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gegar 10000 langkah Merdeka peringkat daerah Tenom dan Kementerian Kesihatan anjuran Klinik Kesihatan Melalap dengan kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Melalap diadakan diDaerah Kecil Melalap dekat sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan, Pengarah Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Tenom Dr. Eric Tan Chee How, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Melalap Aidah John, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.35 Melalap Simon Mamat, Semua warga Jabatan Kesihatan Daerah Tenom, ahli-ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Melalap dan para pemimpin masyarakat.

Selain itu, Radin berkata, Semua aktiviti sukan dan riadah seperti berjalan kaki dan joging adalah mudah, murah, praktikal dan selamat untuk semua peringkat umur rakyat.Untuk mencapai kesihatan diri yang baik, kita digalakkan meluangkan masa untuk melakukan senaman berjalan kaki sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.

Kajian-kajian mendapati berjalan kaki membantu menyihatkan jantung dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit darah tinggi, diabetes, hipertensi, strok, kegemukan, barah, osteoporosis serta kemurungan yang boleh mengakibatkan kematian, sekaligus meningkatkan kadar mortaliti di kalangan rakyat di negeri ini khususnya di daerah Tenom, katanya.

Tambahnya lagi, pemilihan slogan program ini iaitu ”10,000 Langkah Merdeka Demi Kesihatan Untuk Negara” sememangnya sinonim dengan sambutan Bulan Kemerdekaan yang kita rayakan pada setiap tahun.

Berjalan 10,000 langkah itu juga boleh dianggap sebagai satu simbol tempoh perjuangan dan perjalanan negara kita yang telah menempuhi pelbagai cabaran serta mengalami banyak peristiwa pahit dan manis sejak negara kita merdeka.

Perjuangan mencapai kemerdekaan negara kita bermula selangkah demi selangkah melalui proses perundingan dan permuafakatan oleh para pemimpin pelopor kemerdekaan negara ini, katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.LARIAN MERDEKA 1- Radin melepaskan para peserta larian 10 ribu langkah Merdeka, manakala DO Tenom berbaju merah mengangkat Jalur Gemilang simbolik pelepasan. 2.LARIAN MERDEKA 2- Radin bersama DO Tenom dana para pegawai lain turut serta dalam program tersebut.