Selasa, 23 Ogos 2016

PEMIMPIN LDP BERKAMPONG DITENOM HUJUNG MINGGU MENGHADIRI ACARA PENTING

Oleh: Mail Mathew 

NG TET HAU
TENOM: Beberapa pemimpin pusat Liberal Demokratic Party (LDP) dijangka akan berkampong ke daerah disini hujung minggu ini kerana menghadiri dua acara penting didaerah disini melibatkan Presiden LDP merangkap Menteri Tugas Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang. 

 Selain merasmikan dua blok bangunan baharu SMJK Chung Hwa Tenom yang berharga RM3.7juta disebelah pagi, beliau (Teo) dijadualkan bersama sebahagian AMT LDP lain akan menghadiri mesyuarat Agung Tahunan LDP gabungan tiga bahagian LDP Pedalaman kira kira jam 2 petang diHotel Perkasa Tenom pada Jumaat.

 Bahagian Bahagian yang terlibat LDP N.32 Tambunan, LDP N.34 Liawan dan LDP N.35 Melalap yang bakal dirasmikan Setiausaha Agung LDP Datuk Ir. Yong Wui Chung, kata Pengerusi Penganjur Ng Tet Hau (gambar), ketika memberitahu pemberita pada Selasa.

Menurut Ng, mesyuarat LDP khususnya kawasan Melalap tidak mengemukakan usul penting selain memaklumkan pucuk pimpinan parti itu bahawa bahagian Melalap sudah lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan diadakan pilihanraya awal pada bila bila masa, kata Ng.

Dalam pada itu, berhubung dengan jadual upacara perasmian dua blok baharu SMJK Chung Hwa Ng berkata, tidak ada perubahan dimana jadual ketibaan Menteri Tugas Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang ke majlis itu dijangka jam 10 pagi, disusuli ucapan alu aluan Pengerusi Lembaga Amanah SMJK Chung Hwa Ng Tet Hau, Pengarah Pendidikan Sabah, dan MP Tenom Datuk Raime.

“ Sebagai memperingati jasa ketiga tiga wakil rakyat disini pihak Jawatankuasa Pemegang Amanah sekolah telah bersetuju menjenamakan beberapa bilik kuliah disitu sebagai Bilik Kuliah Datuk Radin, Bilik Kuliah Datuk Rubin dan Bilik Kuliah Datuk Raime.

 “ Langkah sedemikian sebagai mengenang jasa mereka terhadap sekolah ini terutama ketika membantu melobi mendapatkan peruntukkan kira kira RM2 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membiayai kos pembinaan sekolah ini,” katanya. Ends///..(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar NG TET HAU – Ketua LDP Tenom merangkap Penolong Bendahari Agung LDP.