Ahad, 24 April 2016

LARIAN 10KM DILEPAS DATUK KADOH BEKAS MENTERI KABINET SABAH ERA KERAJAAN PBS

Oleh: Mail Mathew

LARIAN 10KM
 TENOM: Bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Kadoh F. Agundong melepaskan para peserta larian 10 kilometer tepat jam 7 pagi dihadapan Dewan Seri Antanom dekat sini pada Ahad.

Larian 10km yang disertai kira kira seribu orang terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori biasa yang berumur antara 15 tahun hingga 50 tahun, manakala kategori VIP 50 tahun keatas terdiri daripada pegawai pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.

 Acara tersebut dilakukan bersempena dengan menjelangnya perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei kira kira seminggu dari sekarang dimana ianya dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman.

 Dalam pada itu, Program Sukan Rakyat Pesta Kaamatan Tenom turut diadakan dan ianya akan berlangsung di Kompleks Sukan Tenom pada 26 April ini.

 Sebanyak empat acara sukan akan dipertandingkan termasuklah sukan tarik tali (Tug of War), sukan menyumpit (terbuka kepada kategori lelaki dan wanita), sukan terompah gergasi (campuran lelaki dan wanita), dan sukan melastik (terbuka kepada kategori lelaki dan wanita).

 “Penyertaan acara sukan tarik tali masih dibuka sehingga 25 April dan kumpulan yang berminat untuk menyertai sukan tersebut boleh menghubungi pejabat Kompleks Sukan Tenom di talian 087-735625 atau 0111-6004436 untuk mendaftar.

“Bagi kumpulan yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai masing-masing sebanyak RM3000, RM1500, dan RM1000,” kata Pengurus Sukan Kompleks Tenom merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kecil Sukan Rakyat Perayaan Pesta Kaamatan Tenom 2016 Siti Rufinah Lukim dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi tiga acara sukan yang lain iaitu sukan menyumpit, sukan terompah gergasi dan sukan melastik pula, pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, RM80, dan RM50.

 Kesemua acara dan aktiviti sampingan yang dijalankan merupakan sebahagian daripada aktiviti pengisian sempena Minggu Pelancaran Pesta Kaamatan. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.IMG_7776- Datuk Kadoh (ke-4 kanan) membunyikan siren melepaskan para peserta larian 10km.