Rabu, 3 Mei 2017

DAP DAN IMPIAN SABAH LAKSANA PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI KG TERITIP - MOSOLOG

OLEH: DAP TENOM
 
MARKUS APANG, STEPHEN DAN GRELYDIA...MENIKMATI AIR GRAVITI

 AKHIRNYA sebuah projek yang berbentuk Khidmat Sosial Masyarakat iaitu pemasangan sistem agihan paip air graviti dengan kerjasama Impian Sabah beserta dengan penduduk kampung Teritip-Mosolog dan beberapa orang sukarelawan yang datang dari kampung berhampiran telah berjaya dilaksanakan sepanjang 1.5 kilometer selama 2 hari secara bergotong. 

Sebelum ini, Kampung Teritip-Mosolog sudah lama berhadapan dengan ketiadaan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan seharian, dan hanya bergantung harap dengan air sungai Mosolog sahaja, sedangkan kualiti air sungai tersebut tidak dijamin tahap kebersihan dan keselamatan oleh kerana aktiviti ladang dan kilang kelapa sawit yang terletak berhampiran kampung tersebut.

Wakil penduduk kampung Sdra Markus Apang menceritakan bahawa beliau telah mengajukan permohonan pembinaan bekalan air paip graviti selepas keadaan air sungai tidak selamat lagi untuk diminum tetapi tiada jawapan.

 Bagaimana pun Markus berkata, beliau dan penduduk disitu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Impian Sabah di bawah projek Parti DAP Tenom yang berada di bawah naungan Sdri Grelydia Gillod yang telah berusaha membantu penduduk kampung menyelesaikan keperluan asas yang amat mendesak itu.

Seramai lebih kurang 100 orang penduduk kampung menghadiri majlis perasmian paip air dan seterusnya melancarkan pembukaan cawangan Penaja DAP kampung Teritip-Mosolog yang menyaksikan Sdra Melikan Gieng sebagai Ketua Cawangan dan Sdra Jamie Bukang sebagai Timbalan Ketua Cawangan. Dalam pada itu,

Pengerusi Cawangan DAP Melalap Sdri Grelydia dalam ucapan alu aluannya berkata, kerjasama yang padu dan erat dalam kalangan penduduk kampung adalah intipati kepada perpaduan dalam masyarakat.

Gerak kerja secara bergotong royong amatlah penting dalam apa-apa projek yang ingin dilaksanakan oleh pihak Impian Sabah dan Parti DAP. Majlis turut disertai oleh Pengerusi DAP Sabah Sdra YB Stephen Wong Ahli Parlimen Sandakan beserta rombongan daripada AJKT DAP Sabah.