Selasa, 6 September 2016

PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DEKAT AIRPORT KENINGAU???

Oleh: Mail Mathew
KENINGAU: Beberapa penduduk Kg Tuarid Liawan kesal dan mempertikaikan
tindakan Ketua Kampong dikawasan tersebut KK Arkam Tingguan kerana
mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung tanah kerajaan
berhampiran dengan kawasan Airport Keningau.

Malahan notis terpampang dikawasan tersebut yang tertera dengan nama KK Arkam Tingguan yang mendakwa kononnya tanah tersebut sudah dipohon
untuk perkampongan Kg Tuarid Liawan, namun selepas pemeriksaan dibuat
di Pejabat Tanah mendapati PT 20-15130181 seluas 50 ekar yang
dinyatakannya tidak wujud, kata Jurucakap kumpulan itu Paul Kadau.

Paul yang juga merupakan Naib Presiden APS dan Pengerusi APS Keningau
berkata, penduduk disitu melahirkan rasa kesal, dimana sepatutnya
beliau (KK Arkam) mengajak penduduk kampong bermesyuarat sebelum
sesuatu tindakan dilakukan demi kebaikkan semua penduduk disitu,
katanya.

“ KK Arkam perlu memberi penjelasan sewajarnya status tanah ini sama
ada ia benar benar telah dimajukan permohanan tanah secara rasmi
kepada Pejabat Tanah...atau sebaliknya.

“ Jikalau tidak, kerajaan boleh menuduh bahawa ada pihak telah
melakukan pencerobohan keatas tanah kerajaan...dimana buktinya jelas
kelihatan dua buah pondok telah dibina serta memagar kawasan tanah
yang luas dengan mengguna chain link (permanent structure).

“ Perkara ini, individu yang bertanggung jawab adalah dianggap telah
melakukan pelanggaran Akta Tanah seksyen 8 Bab 68, iaitu penduduk
haram atau pencerobohan keatas tanah kerajaan tidak boleh dianggap
sebagai wujudnya hak asasi,” katanya ketika memberitahu pemberita pada
Jumaat.

Paul berkata, dalam isu tersebut, majoriti penduduk kampong
berpendapat bahawa pencerobohan telah pun berlaku dan meminta ketua
kampong terbabit perlu membuat laporan polis atau menasihati pemilik
pondok dan pagar tersebut supaya merobohkan kedua dua struktur binaan
itu dengan serta merta.

Sehubungan itu, penduduk kampong turut meminta penjelasan berhubung
dengan rujukan permohonan tanah (PT) yg dinyatakan dalam surat notis
perhatian ditanda tangani KK Arkam iaitu PT No. 20-15130181 sedangkan
dalam rekod pendaftaran permohonan tanah bagi Kg Tuarid Liawan yang
diperolehi daripada Jabatan Tanah dan Ukur  (JTU) Keningau adalah di
PT No. 20-15130182 bertarikh  3 Mac 2015. ends///...(Mail Mathew)

Caption:-

1. CEROBOH TANAH – Tanah kerajaan diceroboh dan dibina dua pondok dan
pemagaran (Chain link).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan