Sabtu, 23 April 2016

PESTA KAAMATAN TENOM PERINGKAT NEGERI HANYA TINGGAL SEMINGGU?

Oleh: Mail Mathew

BALOI TULUS- MURUT TIMUGON
TENOM: Kemuncak perayaan Pesta Kaamatan 2016 Peringkat Negeri Sabah yang bakal berlangsung dekat sini pada 1Mei 2016 hanya tinggal kira kira seminggu (7 hari). Tema perayaan “ Keamanan dan Persahabatan, Masisindangan am Pamagunan Moonsoi” (Peace and Friendship).

 Beberapa petugas yang dipertanggung jawabkan untuk menyediakan persiapan dilapangan seperti pemasangan kanopi untuk gerai gerai pertanian dan pameran kraftangan serta memasang struktur pentas utama pelancaran Pesta Kaamatan oleh Ketua Menteri Sabah sedang giat dijalankan.

BEKAS KD HAJI MARIBIN
Turut kelihatan disudut tepi padang, tiga buah rumah kebudayaan masyarakat Murut Timugon, Murut Taghol dan suku kaum Dusun telah siap dibina sepenuhnya. Namun segala galanya bergantung kepada faktor cuaca yang baik agar acara yang telah siap diatur tidak tergendala.

Tiga pemimpin masyarakat tempatan ketika ditemui, masing masing menyatakan bahawa perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri kali ini bagi kali ke-3, selepas tahun 1997 dan 1998, diharapkan antara yang terbaik pernah berlaku sebelum ini. Seorang bekas Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Tenom, OKK Haji Maribin Rugin menjelaskan bahawa perayaan Pesta Kaamatan merupakan satu satunya perayaan yang kaya dengan sumber informasi dari segi adat dan senibudaya yang harus ditonton oleh generasi Y.

PEMAJU MUKIM KURITING
“ Itu sebabnya pelbagai karya seni diperagakan terutamanya rumah tradisi yang disebut orang terdahulu sebagai 'baloi tulus'....kerana keunikannya dalam merayakan sesuatu pesta berunsurkan kekeluargaan seperti mansisia dan magimamata...semua keluarga berkumpul disitu,” katanya ketika ditemui pada Sabtu dirumah tradisi pekan Tenom.

 Seorang lagi pemimpin Murut, Ketua Kampong (KK) Jungaton Antik mengajak para ibubapa agar membawa bersama sama anak anak mereka untuk menghadiri sambil menonton acara acara Pesta Kaamatan terutama sekali aktiviti adat dan senibudaya supaya anak anak mereka dapat memahami senibudaya nenek moyang terdahulu.

Manakala Pemaju Mukim Kuriting Anguin yang mengetuai pembinaan rumah tradisi Murut Taghol yang disebut sebagai “ Pahun Patingaisan” berkata, jika generasi Y tidak didedahkan mereka dengan adat senibudaya kita terdahulu, mungkin juga mereka ketinggalan zaman malah tidak tahu langsung adat dan senibudaya Murut kerana telah ditenggelami oleh arus kemodenan. Ends///...(Mail Mathew)


Khamis, 14 April 2016

LEBIH 100 PENDUDUK BANTAH PENCEROBOHAN TANAH ADAT NCR KG SOLOB SIPITANG

Oleh: Mail Mathew

 SIPITANG: Kira kira lebih seratus orang penduduk Kg Solob telah mengadakan sekatan jalan masuk ke kawasan tanah adat (NCR) melibatkan tiga perkampongan didalamnya, sama ada untuk menjalankan sebarang aktiviti pembalakkan atau membersih kawasan kerana mereka (penduduk) mendakwa kawasan tersebut masih dalam pertikaian tuntutan.

 Tiga perkampongan yang terlibat dan telah dikenal pasti sebagai kawasan tanah adat (NCR) antaranya Kg Ondop, Kg Pakoton dan Kg Pekiak yang mana menurut mereka, kawasan terbabit telah didudukki oleh mereka sejak tahun 1963 lagi.

 Menurut ketiga tiga jurucakap yang dilantik mereka (Padan Yuak, Ngilo Baru dan Yuak Talakos) bagi mewakili penduduk disitu ketika ditemui pada Khamis berkata,

“ Sebelum tindakan dilakukan, kami telah mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Pegawai Daerah
PADAN YUAK
Sipitang, Pegawai Perhutanan Sipitang sebelum membuat laporan polis pada 4.4.2016 kerana kami mahu hak kami didengari oleh pihak yang menceroboh kawasan NCR.

“ Kami melakukan tindakan seperti ini supaya pihak berkaitan khususnya Jabatan Perhutanan Sabah, Sabah Forest Industry Sdn Bhd dan kontraktor pembalakkan Syarikat Segalong datang bersemuka dengan kami untuk merundingkan perkara ini.

“ Kerana sebelum ini kami telah bosan dengan janji janji mereka untuk duduk berbincang sehinggalah menjangkau berpuluh tahun lamanya tetapi tidak pernah ditepati,” kata Padan Yuak 40, yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak.

Selain itu, Padan menjelaskan bahawa berdasarkan surat daripada Juruukur Daerah Beaufort ruj:
NGILO BARU
LSB:4/8/17 Jld. 2(93) bertarikh 8 Januari 1994 dimana surat tersebut bertajuk “ Kawasan yang dikeluarkan dari SFI akan dijadikan kawasan perkampongan” menunjukkan perkampongan Solob dan sekitarnya yang tersenarai dalam bil.03 sebagai L30, L31,L33 dan L32 seluas 1120 hektar telah diluluskan untuk perkampongan, tegasnya.

Seorang lagi Jurucakap Ngilo bin Baru 83, mendakwa bahawa pewartaan Hutan Simpan dan SFI hanya wujud selepas tanah adat NCR wujud sekitar tahun 1930an dimana nenek moyangnya telah pun mendiami dikawasan Kg Ondop dalam lokasi peta L31.

Manakala Yuak bin Talakos 80, turut mengakui bahawa penghijrahan mereka ke Kg Solob selepas diarah oleh kerajaan supaya meninggalkan Kg Ondop buat seketika sehingga kawasan disitu telah selesai urusannya.

PETA LOKASI NCR KG SOLOB
“ Kami diarah membuat lorongan sempadan masing masing di Kg Ondop kononnya akan diukur untuk pemetaan tidak lama lagi...sebaliknya, selepas itu syarikat pembalakkan dan SFI pula ditempatkan dikawasan itu,” jelasnya sambil menyifatkannya suatu penipuan.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Solob Ansibul bin Anduus ketika ditanya berkata, beliau setuju dan menyokong tindakan Badan Bertindak dimana mereka (penduduk) mempunyai hak membuat tuntutan yang seharusnya didengari oleh pihak pihak berkaitan.

“ Ini bukan soal ambil kesempatan untuk mendapatkan kawasan pembalakkan, sedangkan kawasan itu sudah diterokai berulang kali oleh syarikat syarikat pembalakkan tanpa kawalan sebelum jalanraya antara Sipitang ke Tenom dibina,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_7750- Para penunjuk perasaan lebih kurang lebih 100 orang membawa kain pemidang dan kertas kad manila dengan tulisan membawa mesej menghalang pencerobohan. 2.IMG_7746- Pengerusi Badan Bertindak dan Jurucakap Padan Yuak. 3.IMG_7744- Jurucakap Ngilo Baru 4.IMG_7745- Yuak Talakos Jurucakap. 5.IMG_7751- Laporan Polis pada 4.4.2016 6.IMG_7752- Lokasi NCR Kg Solob 1,120 hektar. 7.IMG_7753- Kg Solob senarai no.3 L30, L31, L33 dan L32. @ 1,120 hektar.

Rabu, 13 April 2016

ISU TARIK BALIK MYKAD, GESAAN MAXIMUS DISOKONG, NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun menyambut baik gesaan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus J. Ongkili kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya dipercepatkan penarikan balik kad pengenalan yang dikeluarkan secara haram kepada warga asing sesuatu yang amat positif.

 Malahan langkah sedemikian telah pun dinanti nantikan oleh rakyat Sabah dalam menyelesaikan kemelut isu tersebut, dimana ianya telah pun dicadangkan sebahagian daripada usaha untuk membersihkan PTI diSabah, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

Beliau berkata demikian ketika memberitahu media pada Rabu, sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Maximus yang juga merupakan Menteri Persekutuan pada baru baru ini diKota Marudu dipetik berkata, kedua dua kerajaan Persekutuan dan Negeri mesti mempercepatkan penarikan balik kad pengenalan yang dikeluarkan secara haram kepada warga asing dan melaksanakan pengeluaran dokumen dan IC baharu kepada rakyat tulen diSabah.

“ Langkah seperti ini memang kita menyokong sepenuhnya malah kita juga menggesa rakyat kita diSabah terutamanya masyarakat Mamagun supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam melaksanakan misi ini.

“ Jangan pula ia sekadar menjadikan gesaan ini sebagai suatu 'tarikan' semata mata tetapi selepas ini terus menghilang...sama seperti laporan Jawatankuasa Teknikal RCI yang belum didedahkan kepada umum sehingga ke hari ini walaupun telah berjanji untuk melaksanakannya,” kata Rudy.

Selain itu, Rudy turut menekankan perlunya kerjasama erat dengan jentera jentera kerajaan khususnya jabatan jabatan yang terlibat dalam pengeluaran dokumen dan kad pengenalan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), supaya menumpukan sepenuhnya misi tersebut kepada sasaran yang betul dan tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak berhak untuk memilikinya.

Dalam pada itu, Rudy yakin dan percaya bahawa kegiatan sindiket pemalsuan kad pengenalan dinegeri ini masih berleluasa berdasarkan beberapa laporan media sejak kebelakangan ini, dimana beberapa warga Filipina telah dicekup pihak berkuasa ketika bekerja Semenanjong kerana memiliki kad pengenalan palsu dan mendakwa mereka perolehinya dari sindiket diSabah.

Oleh itu, usaha menarik balik kad pengenalan dan diganti dengan kad pengenalan baharu khusus untuk rakyat tulen Sabah seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin diSabah sebelum ini adalah wajar dan perlu disegerakan pelaksanaannya, tambah Rudy. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.IMG_7696 - Rudy (ke2 kiri) ketika selesai mengadakan mesyuarat Biro Pendidikan.

Selasa, 12 April 2016

KPM DIGESA LANTIK MAIMUNAH KE JAWATAN PENGARAH JPN SABAH SELARAS DENGAN PENGALAMNYA, NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew

RUDY
TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah agak terkilan dengan senario perlantikkan Puan Maimunah Haji Suhaibul Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah yang diharapkan diberi lantikkan sebagai Pengarah yang baru selepas persaraan Datuk Jame Alip awal bulan ini.

Sebaliknya, ia hanya diberi surat perlantikan penangunggan tugas Pengarah JPN Sabah sehingga jawatan itu diisi kemudian, mengundang NGO Mamagun terpanggil menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertimbangkannya, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

Rudy berkata, keputusan KPM itu memang tidak disenangi oleh banyak pihak, dimana selain masyarakat Mamagun kerana penama (Puan Maimunah) adalah dari kelompok Mamagun, tetapi juga dikalangan warga pendidik yang menyifatkan pemberian 'penanggungan tugas Pengarah' tidak bersesuaian.

 “ Semua tahu bahawa Puan Maimunah adalah yang paling layak memegang jawatan Pengarah selepas persaraan Datuk Jame Alip. Lagi pun, ia bersesuaian dengan dasar penurunan kuasa yang diumumkan Perdana Menteri tahun lepas (2015).

“ Mohon kita doakan agar beliau dilantik mengisi jawatan tersebut dan harap pihak KPM tidak terlalu lewat melantik beliau kerana beban tugas dan isu isu pendidikan di Sabah semakin mencabar dan perlu ditangani segera,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Ahad.

 Rudy berkata demikian ketika mengulas beberapa komen terbuka daripada para individu dan warga pendidik dilaman sosial Facebook selain beberapa ahli NGO Mamagun yang mengikuti perkembangan tersebut yang rata rata merasakan ianya tidak selari dengan aspirasi warga pendidik diSabah.

Difahamkan, bekas Pengarah JPN Sabah Datuk Jame Alip turut memberi komen didalam Facebooknya sendiri bahawa calon yang paling layak dan disokongnya untuk menjawat jawatan Pengarah adalah Puan Maimunah Haji Suhaibul memandangkan beliau adalah penyandang Timbalan Pengarah dan merupakan 'orang' lama serta berpengalaman dalam JPN Sabah.

Bagaimana pun, Jame agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa Puan Maimunah hanya diberi surat penanggungan tugas Pengarah sehingga jawatan itu dapat diisi oleh KPM, tulisnya dalam facebook beliau. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden Pertubuhan NGO Mamagun Sabah.

Sabtu, 2 April 2016

UMNO TENOM TOLAK DEKLARASI RAKYAT

Oleh: Mail Mathew

Add caption
TENOM: Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tenom merangkumi empat kelompok terdiri daripada induk, pergerakan pemuda, wanita dan puteri sebulat suara menolak “Deklarasi Rakyat” yang ditunjangi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sebaliknya perwakilan seramai 443 orang yang diketuai Ketua Bahagiannya Datuk Rubin Balang merangkap Adun Kemabong sebulat suara menyatakan ikrar taat setia dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Dato'Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman.

Majlis lafaz ikrar itu dibuat bersempena dengan Majlis Perasmian Persidangan cawangan berkelompok Umno yang dirasmikan oleh Ketua Bahagiannya Datuk Rubin Balang diDewan Sri Antanom dekat sini pada Sabtu.

Sebelum itu, Rubin menyentuh beberapa perkara ketika menolak deklarasi rakyat yang dicanangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebelum ini, adalah kerana usaha yang dijalankan beliau amat bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan dinegara ini, katanya.

“ Masyarakat umum telah mengetahui matlamat deklarasi rakyat yang hanya tertumpu kepada tujuannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Razak...sedangkan Perdana Menteri kita dipilih rakyat secara demokratik.

 “ Umno Tenom telah mengambil suatu ketetapan tegas tanpa dipengaruhi oleh mana mana pihak bahawa kita menyokong Perdana Menteri Dato'Seri Najib Razak untuk meneruskan kepimpinan negara kerana seperti yang kita tahu bahawa rakyat inginkan pembangunan berterusan untuk mencapai tahap negara maju,” tegasnya.

Selain itu, DAP turut dikecam Rubin kerana memperlekeh prestasi kepimpinannya dikawasan itu dengan mendakwa kononnya pembangunan yang dilaksanakan dikawasannya sangat minima disifatkannya sebagai kurang tepat dan mengelirukan.

 “ DAP harus sedar bahawa peruntukkan pembangunan yang disalurkan kerajaan dikawasan itu berjuta ringgit setiap tahun....tidak mungkin DAP tidak sedar bahawa banyak perubahan telah berlaku sama ada jalanraya, bekalan air bersih dan lain lain kemudahan infrastruktur malah tidak terdapat rungutan dari rakyat setakat ini,” tegasnya.

 Berhubung dengan mesyuarat kelompok cawangan Umno, Rubin berkata, dengan mengadakan perasmian berkelompok ianya dapat menjimatkan masa dan dapat melicinkan perjalanan mesyuarat mengikut tatacara dan kod etika mesyuarat dengan betul.

 “ Selepas perasmian secara berkelompok, mana mana cawangan bolehlah menjalankan mesyuarat masing masing, asalkan cawangan mengedarkan notis pemberitahuan kepada para ahli sekurang kurangnya 14 hari sebelum bersidang mengikut perlembagaan parti,” jelasnya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_7735- Rubin ketika mengumumkan penolakkan “Deklarasi Rakyat” dan seterusnya membaca ikrar taat setia dan menyokong kepimpinan Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri dan Presiden Umno. 2.IMG_7730- Rubin menurunkan tanda tangan ikrar taat setia dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak dan diikuti oleh semua perwakilan yang hadir.