Isnin, 17 Oktober 2016

PARTI WARISAN BAKAL MEROBAH LANSKAP POLITIK DISABAH?

OLEH: ULU PADAS


PARTI WARISAN pimpinan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna melancarkan parti itu pada Isnin jam 10 pagi diPutrajaya. 

Parti WARISAN yang mana pada nama asalnya sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada tahun 2013 tetapi telah diubah dengan kelulusan ROS pagi tadi kini dikenali sebagai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

WARISAN yang berkonsepkan perjuangan berbilang kaum (Multiracial) dijangka akan memfokuskan perjuangan untuk menumbangkan BN diSabah pada PRU14 dengan kerjasama parti parti tempatan yang lain diSabah.

Dalam pada itu, ramai yang meramalkan kemunculan Parti WARISAN dengan kerjasama parti parti tempatan lain diSabah mampu menggugat kekuatan BN diSabah malah ianya dijangka bakal merobah lanskap politik diSabah.

Bagaimana pun, situasi yang diharap harapkan itu hanya akan tercapai sekiranya gagasan pembangkang itu yang merangkumi PCS,SAPP, Star, WARISAN dan parti yang bakal didaftarkan oleh kumpulan Datuk Seri Lajim Ukin berupaya merealisasikan formula 1 lawan 1 pada PRU14.

 Senario politik negeri dibawah bayu kini semangkin hangat dan sukar diramalkan lebih lebih lagi selepas kelulusan pendaftaran WARISAN, dimana semangat juang terus menghangatkan bahang pilihanraya yang semakin dekat yang dijangkan akan diadakan selewat lewatnya pertengehan tahun 2017.

Sementara itu, beberapa isu menarik perhatian rakyat dinegara ini seperti isu 1MDB, kini yang terbaharu isu penyelewengan dalam Jabatan Air dimana kesnya masih ditangan SPRM dijangka akan menjadi topik utama kempen pada PRU14.

Meskipun begitu, ramalan pembangkang itu ditepis oleh para pemerhati politik BN yang mendakwa kononnya harapan gagasan pembangkang itu hanyalah berbentuk angan angan kerana kelibat mereka itu, ibarat tidur sebantal tapi mimpi lain lain.

Tidak seperti BN yang bersama 14 buah parti parti komponen terus kukuh dan bersepadu dalam apa juga keputusan yg dicapai, malah rakyat yakin dan terus memberi mandat kepada BN semasa PRU13 untuk memerintah Negara dengan kekuatan 2/3 majoriti.

Mohd Shafie yang memimpin WARISAN selaku Presiden akan dibantu MP Penampang Darrel Leiking selaku Timbalan Presiden parti, manakala Adun Sulabayan Datuk Dr Jaujan Sambakong, Adun Likas Junz Wong dan Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony akan menjalankan tanggung jawab selaku Naib Presiden.

Shafie ketika memberitahu media berkata, “I’m quite confident, from the visits on the ground, the people are on board. They want a local-based party. Many want to see change in the state and surely, also the landscape at national level.

 “We are looking into it, we will talk with other parties. As long as they are with us in wanting to topple the Sabah Barisan government, we are willing to work with them,” said Mohd Shafie, adding that they are “halfway done” in finalising its candidates list.,” he said.

Sabtu, 8 Oktober 2016

DATUK SERI RADIN KETUAI LEBIH 3,000 SERTAI HARI SUKAN NEGARA DITENOM

Oleh: Mail Mathew 


TENOM: Hari Sukan Negara yang disambut pada hari Sabtu, di minggu kedua bulan Oktober pada setiap tahun membuktikan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai satu negara bersukan yang unggul di dunia, Kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh. 

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan melalui jentera-jentera perkhidmatan akan bekerjasama dengan pelbagai sektor awam dan pihak swasta serta rakyat berbilang kaum untuk menganjurkan program-program pembangunan sukan termasuklah Hari Sukan Negara secara serentak di seluruh negara, katanya.

Beliau menambah, Kerajaan komited untuk untuk melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera melalui aktiviti-aktiviti bersukan kerana kemajuan negara juga bergantung kepada sumber tenaga manusia yang cergas dan produktif.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan khususnya Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) di Sabah kerana mengagihkan peruntukan kepada badan-badan JKKK dan JKDB di negeri ini khususnya bagi daerah Tenom pada 30 September lepas.

 “ Mungkin ada pihak beranggapan bahawa jumlah peruntukan RM500.00 itu adalah satu jumlah yang kecil, namun ia membantu meringankan bebanan badan-badan JKKK dan JKDB terbabit untuk menampung kos menganjurkan program berkenaan di kawasan masing-masing.

 “ Justeru, badan-badan JKKK dan JKDB turut berperanan penting untuk menjayakan hasrat kerajaan dan matlamat Hari Sukan Negara dalam meningkatkan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam pelbagai bidang sukan. Beliau yang juga merupakan Adun Melalap berkata demikian ketika merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat zon Pedalaman Atas tahun 2016 dekat padang Pekan Tenom pada Sabtu. Hadir sama, DO Tenom Madiyem Layappan, PPM Simon Mamat, OCPD Tenom DSP Firdaus Francis, Pegawai Khas MCMC Jamawi Jaafar, Mohamad Khairu Ahmad @ Abdullah Pegawai KBS Presekutuan Keningau dan Peter Suman Pegawai KBS Tenom.

Selain itu, program ini akan memupuk minat bersukan di kalangan rakyat terutamanya meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai disiplin sukan yang boleh memberikan peluang-peluang kerjaya serta pendapatan kepada golongan belia.

Malah bidang sukan telah melahirkan tokoh-tokoh sukan yang telah menyumbang dalam perkembangan sukan di Sabah dan mengharumkan nama Malaysia pelbagai temasya sukan antarabangsa, jelasnya. Kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam pelbagai aktiviti sukan di negara ini kerana bidang sukan boleh menjadi wadah perpaduan kaum dan integrasi nasional.

 Malah kecemerlangan negara dalam sukan antarabangsa juga adalah disebabkan adalah kerjasama dan penglibatan rakyat berbilang kaum yang sememangnya menjadi keistimewaan, kekuatan dan kelebihan negara kita.

Justeru, program ini akan memupuk minat para belia tempatan untuk menceburi bidang sukan dan memerlukan kerjasama semua lapisan masyarakat, dimana Radin berharap berharap para pembekal alat-alat sukan di pedalaman atas khususnya di daerah Tenom akan dapat mengadakan promosi harga istimewa kepada orang ramai sebagai tanda sokongan kepada usaha-usaha kerajaan menganjurkan Hari Sukan Negara, katanya.

“ Saya difahamkan sasaran kita ialah lebih 18 ribu orang dari daerah Tenom, Keningau, Nabawan serta Tambunan menyertai program Hari Sukan Negara Peringkat Zon Pedalaman ini berbanding dengan enam ribu orang pada tahun 2015.  Jumlah penyertaan yang banyak ini membuktikan program ini semakin mendapat sambutan baik rakyat,” jelasnya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:-  1. HSN 1- Radin melakukan pelepasan acara Fun Run sejauh 5km dari Pekan Tenom ke Kompleks Sukan Tenom 2. HSN 2- Radin menyerahkan motosikal kepada Sharin Sulaiman, pemenang hadiah utama cabutan bertuah Hari Sukan Negara Pedalaman Atas.

Isnin, 3 Oktober 2016

PESTA KALIMARAN PERINGKAT NEGERI BAKAL DIADAKAN MAC, 2017

Oleh: Mail Mathew 


 KALABAKAN: Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Rubin Balang berkata, perayaan Pesta Kalimaran peringkat negeri akan diadakan di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) Polong Tenom pada Mach, 2017. 

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada baru baru ini, katanya.

 Rubin berkata, beliau merasa sukacita dan berterima kasih kepada penduduk Kalabakan khususnya PMS Tawau kerana dapat menganjurkan pesta tersebut yang bukan sahaja kepada golongan masyarakat Murut, namun ianya juga turut disertai pelbagai keturunan seperti suku Bugis, Iban dan Suluk.

 “ Matlamat kita adalah untuk menyatu padukan kepelbagaian masyarakat kita supaya mereka berada didalam suasana harmoni aman dan dan damai...(dan) inilah yang dikehendaki oleh pemimpin negara kita, supaya saling hormat menghormati suku suku lain.

“ Inilah yang kita harapkan supaya keharmonian ini akan berterusan sehingga ke generasi seterusnya,” katanya ketika merasmikan Pesta Kalimaran peringkat daerah Tawau-Kalabakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Kalabakan pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Presiden PMS Datuk Taimin Lumaing, Presiden Pertubuhan NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi, para AMT PMS dan AMT NGO Mamagun.

 Selain itu, Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Pengerusi LIGS berkata, penjenamaan Pesta Kalimaran itu tercetus apabila PMS mengambil ketetapan dalam mesyuaratnya supaya beberapa bentuk perayaan suku Murut terdahulu seperti Pandawari, Injawari dan Napangaan Nongotom disatukan, katanya.

Dalam pada itu, Rubin turut memaklumkan bahawa peruntukkan khas untuk membiayai kos perayaan Pesta Kalimaran disembilan daerah diSabah telah diluluskan oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak sebanyak RM180,000 iaitu RM20,000 setiap satu daerah, jelasnya.

 Rubin juga turut berterima kasih kepada Wakil Rakyat Kalabakan Datuk Ghaffur Salleh kerana telah melestarikan pembangunan dikawasan itu secara saksama tanpa menyisihkan mana mana kaum lain terutamanya masyarakat suku kaum Murut dikawasan itu.

Berhubung dengan bantahan PMS dan Pertubuhan NGO Mamagun terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana memuatkan sejarah yang tidak tepat mengenai dengan adat kematian Murut didalam buku teks tingkatan satu ianya wajar dilakukan untuk mempertahankan institusi adat suku Murut.

“ Kita telah minta ketua ketua adat kita seperti Ketua Daerah dilima daerah supaya mengadakan mesyuarat dan menyediakan surat bantahan bersama untuk disampaikan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah supaya menarik balik buku buku teks yang telah diedarkan,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.KALABAKAN 1- Rubin tiba diDewan Masyarakat untuk merasmikan Pesta Kalimaran. 2.KALABAKAN 2- Rubin menyampaikan cendera hati kepada salah seorang AJK Pelaksana.

Rabu, 28 September 2016

JASAD DIMUAT KE DALAM TAJAU BESAR KEMUDIAN DIBAKAR KONON ADAT MURUT?

OLEH; ULU PADAS 
 
RUDY SULAIMAN MAIRI

SARANAN DEMI SARANAN dilakukan berbagai pihak agar penyampaian fakta sejarah hendaklah disampaikan maklumat yang tepat, terutama sekali kepada pelajar pelajar yang sedang meningkat naik dari tangga permulaan pengajian mereka. 

Namun masih ada lagi pakar pakar mahupun cendikiawan yang masih belum menerima teguran atau saranan daripada masyarakat luar, mengakibatkan buku rujukan sejarah yang terpenting tanpa disedari telah memuatkan maklumat yang kurang tepat mengenai adat Murut.

Hakikatnya, kejadian tersebut telah mendapat kritikan hebat dari masyarakat Mamagun khususnya bagi etnik Murut, dimana ia bukan sahaja disifatkan mereka sebagai suatu penghinaan tetapi juga ramai yang kesal kerana sejarah tersebut turut diajar ke sekolah sekolah.

Lantaran itu, NGO Mamagun akan menyiasat bukti pemesongan fakta sejarah yang melibatkan pengurusan upacara pengkebumian suku kaum Murut sebelum sesuatu tindakan lanjut akan dilakukan.

Malahan Presiden Pertubuhan NGO Mamagun Sabah Rudy Sulaiman Mairi telah memanggil mesyuarat tergempar yang meminta para AMTnya membincangkan perkara tersebut pada petang Rabu dekat sini.

Ketika dihubungi Rudy berkata, “ Kenyataan rasmi hanya akan dibuat selepas satu laporan polis selesai diadakan kira kira jam 10 pagi Khamis...setakat ini, sebarang kenyataan belum boleh dikeluarkan,” katanya.

Laporan itu kini tersebar luas selepas ianya dimuatkan dlm buku sejarah sekolah. Sejarah itu antara lain mengkisahkan kononnya jasad suku Murut selepas kematian akan dimasukkan ke dalam tajau besar (dipercayai belanga) dan kemudiannya dibakar.

Jikalau terdapat bukti pemesongan ini berlaku berdasarkan tulisan buku sejarah sekolah dan dibenarkan ianya digunakan disekolah sekolah sebagai bahan pengajaran, pihak pihak berkenaan akan bertanggung jawab.

Sehubungan itu, NGO Mamagun akan meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) memberi penjelasan berhubung penggunaan buku buku tersebut disekolah sekolah seterusnya menarik balik buku buku tersebut yang kini berada dipasaran.

Khamis, 22 September 2016

NGO MAMAGUN PERLU DISOKONG KERANA PERANANNYA BAIK, MP TENOM

Oleh: Mail Mathew 
 
AMT NGO MAMAGUN

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, kewujudan NGO Mamagun disifatkannya sebuah pertubuhan yang tidak membebankan masyarakat atau memberi masalah politik dan sosial, sebaliknya perlu diberi sokongan penuh kerajaan. 

Beliau berkata, NGO Mamagun seperti yang diketahui bahawa peranannya sejak ia ditubuhkan adalah untuk membantu rakyat akar umbi khususnya mereka yang berada diatas pagar supaya terus menyokong dasar dan program kerajaan.

Raime berkata, NGO Mamagun juga boleh memainkan peranan yang bukan sahaja isu politik dalaman tetapi juga untuk membantu membanteras ideologi sosial antarabangsa seperti fahaman “Lesbian” yang boleh merosakkan akhlak.

 “ Disebabkan ledakan maklumat yang dicetuskan oleh berbagai rangkaian teknologi, kita tidak dapat menahan kerana semuanya berada dihujung jari kita....tetapi segala maklumat yang diterima ia perlu ditapis dan diperbetulkan terlebih dahulu.

 “ Melalaui NGO Mamagun juga boleh menyampaikan sebarang maklumat kerajaan dengan tepat kepada rakyat akar umbi terutamanya dasar penurunan kuasa yang telah diumumkan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun lepas (2015),” katanya.

 Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Timbalan Ketua Umno Tenom memberitahu pemberita ketika menyambut kunjungan kehormat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Pertubuhan NGO Mamagun yang diketuai oleh Presidennya Rudy Sulaiman Mairi diPejabat Perhubungan Parlimen Tenom pada Khamis.

 Terdahulu, Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi berkata, kunjungan kehormat seperti itu dilakukan kepada semua pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan juga Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

 Antara lain tujuannya, adalah untuk memberi taklimat berhubung peranan yang bakal dimainkan NGO itu bagi menyampaikan dasar dan program kerajaan dengan tepat kepada masyarakat akar umbi khususnya masyarakat “orang asal” atau “Mamagun”.

NGO Mamagun telah pun ditubuhkan lebih dua tahun lalu mempunyai keahlian setakat ini lebih 5,000 orang dimana kebanyakan tumpuan keahliannya dikawasan Pedalaman Sabah. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.MP TENOM 1- Raime sedang menerima cendera hati daripada Rudy Sulaiman Mairi. 2.MP TENOM 2- Kelihatan Raime ketika memberi taklimat kepada para AMT NGO Mamagun.