Selasa, 18 Julai 2017

MISI DAN VISI DAP TENOM, DEKATI DENYUT NADI RAKYAT MAHUKAN PEMBANGUNAN

OLEH: ULU PADAS
BERGAMBAR SEBELUM MULAKAN GOTONG ROYONG


 PROGRAM Khidmat Sosial DAP Tenom terus dipacu aktivitinya untuk membantu masyarakat penduduk luar bandar yang memerlukan tanpa mengira kesukuan kaum mahupun fahaman politik mereka, adalah kerana misi dan visi DAP jelas ia lebih dekat kepada mensejahterakan rakyat, kata Pengerusinya Grelydia Gillod. 

Beliau berkata, selepas berjaya melancarkan program tersebut dibeberapa buah kampong seperti membantu mengatasi masalah bekalan air graviti diKg Teritip Mosolog, Kg Ulu Saga, namun misi mereka yang berpaksikan kepada misi kemanusiaan mendapat sambutan masyarakat sekeliling.

Namun kali ini Khidmat Sosial DAP meneruskan misi program mereka dengan membantu melaksanakan kerja kerja pemagaran sekeliling padang ragut pemeliharaan binatang ternakan seluas kira kira 50 ekar diKg Ulu Tepoh dan Pamilaan pada baru baru ini.

“ Pelaksanaan kerja kerja tersebut dijalankan secara bergotong royong diantara penduduk penduduk kampong terlibat dengan gabungan DAPSY Pedalaman....manakala kos keseluruhan hampir RM8,000 untuk membeli peralatan yang digunakan bagi kerja kerja pemagaran,” katanya kepada media pada Isnin.

Terdahulu, jurucakap bagi pihak penduduk yang mempunyai kepentingan dalam padang ragut tersebut Setypanus Ebin berkata, ladang ternakan haiwan secara berkumpulan itu dibina pada tahun 1979, namun sehingga hari ini masih belum pernah dibaiki.

“ Kami bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan DAP Tenom kerana begitu perihatin dengan masalah penduduk dan sudi mengatur satu program gotong royong semata mata untuk mengatasi bebanan kami kerana sekeliling pemagaran ladang ternakan atau dalam bahasa tempatan paun kerbau telah rosak mengakibatkan banyak binatang telah bolos keluar,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.DAPSY TENOM 1– Gillod dihadapan berdiri (ke-4 kanan) bersama penduduk sebelum memulakan gotong royong. 2.DAPSY TENOM 2 – Kelihatan beberapa gulung dawai berduri diangkat oleh DAPSY ke kawasan gotong royong. 3.DAPSY TENOM 3- Kerja kerja gotong royong sedang giat dijalankan.

Sabtu, 8 Julai 2017

DAP ZIARAHI DUA PESAKIT KRONIK

OLEH: ULU PADAS
 
GILLOD ZIARAH PESAKIT KANSER DIULU TEPOH

KELESTARIAN  Program Khidmat Sosial DAP Tenom meneruskan gerakan aktivitinya dengan melawat beberapa individu yang mengalami masalah penyakit kronik, sambil memberi kaunseling kepada pesakit agar jangan berputus asa, sebaliknya menggesa mereka terus menerima rawatan dihospital hospital kerajaan. 

Rombongan DAP itu diketuai Pengerusinya Grelydia Gillod menziarahi Chang Siang Kiong yang menderita penyakit kanser dan telah terlantar dirumahnya sejak awal tahun ini (2017) diKg Ulu Tepoh. Chang hanya ditemani isterinya Ramimi Mojuni.

Manakala seorang lagi pesakit dilawati Dewin Baluga tinggal diKg Paguokon, Lagud Sebrang seorang bekas guru besar yang telah bersara wajib beberapa tahun lalu, menderita dengan penyakit dialaminya ketumbuhan hati dan pernah menjalani pembedahan sebanyak dua kali.
ZIARAH DEWIN BALUGA

Khidmat Sosial DAP Tenom selain memberi kaunseling agar terus menerima rawatan daripada hospital kerajaan dan tidak mengambil sebarang ubat ubatan taradisional yang tidak dijamin oleh doktor pakar kerajaan, mereka juga diberi sumbangan untuk meringankan bebanan mereka.

 “ Tindakan kami adalah ikhlas untuk membantu masyarakat yang bermasalah dan memerlukan bantuan...(selain itu) tanggapan negatif yang mendakwa kononnya ia merupakan pancingan politik adalah tidak benar sama sekali,” kata Gillod pada Jumaat. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.GILLOD 1- Kelihatan Grelydia menyerahkan sumbangan kepada pesakit kanser Chang Siang Kiong dirumahnya diKg Ulu Tepoh. Kiri sekali isteri Chang Ramimi Mojuni. 2.GILLOD 2- Pesakit Dewin Baluga (kanan sekali) menerangkan sesuatu kepada Grelydia berhubung jenis penyakit yang dihadapinya.

Rabu, 5 Julai 2017

DAP MUNGKIN TANDING DUN MELALAP PADA PRU14?

OLEH: ULU PADAS
 
MESYUARAT DAP TENOM

PENGERUSI DAP Tenom Grelydia Gillod (gambar), ketika ditanya enggan memberi pengesahan sama ada parti itu akan meletakkan calun pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14) atau sebaliknya, kerana urusan itu adalah bidangkuasa pucuk pimpinan DAP pusat. 

 Bagaimana pun, beliau mengakui bahawa beberapa mesyuarat bahagian telah pun diadakan sebelum ini termasuk pembentukkan jawatankuasa jenteranya telah pun dibuat sebagai langkah kesiap siagaan parti itu, katanya.

Ketika ditanya, adakah kemungkinan DAP akan bertanding dikawasan DUN Kemabong dan Parlimen Tenom pada PRU14 beliau berkata, setakat ini hanya DUN Melalap sahaja yang telah dikenal pasti telah bersiap sedia untuk tugasan itu, katanya.

Kepada soalan lain, berhubung kerjasama antara DAP dengan parti parti pembangkang lain terutamanya
GRELYDIA GILLOD
Parti Warisan atau PCS dikawasan disini, adakah kemungkinan peluang pembangkang memenangi kawasan ini, Grelydia berkata,

“ Kerjasama untuk membentuk suatu kekuatan memang penting dan itulah yang DAP harapkan selama ini....(dan) jika itu berlaku sudah tentu harapan untuk menang agak cerah...dengan sebab itu, semua pihak perlu konsisten dengan keputusan yang dicapai agar tiada pertembungan sesama sendiri disaat saat akhir,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Rabu.

Dalam pada itu, Grelydia mengakui bahawa kehadiran DAP dikawasan disini bukan pendatang baharu dalam politik malah pernah bertanding DUN Melalap pada PRU13 meskipun  tewas namun sambutan agak menggalakkan.

Pada PRU13,  Datuk Seri Radin Malleh daripada calon (BN-PBS) terlibat dengan pertembungan empat penjuru menang dan mendapat undi sebanyak 4,643, beliau ditentang oleh Roger Stimin (SAPP) seorang Peguam mendapat undi 2,044, Noorita Sual (DAP) 1,992 undi dan Kong Fui Seng daripada STAR hanya mendapat 924 undi.


Jumaat, 16 Jun 2017

DAP TENOM AGIHKAN BUAH KURMA KEPADA MASYARAKAT MUSLIM SEMPENA RAMADHAN

OLEH: ULU PADAS
 
KETUA DAP TENOM

PROGRAM Khidmat Sosial DAP terus melangkah ke hadapan dengan mengunjungi masyarakat Muslimin dan Muslimat untuk mengagih agihkan buah Kurma sebagai bekalan berbuka puasa ketika dibulan Ramadhan, sambil membawa mesej bahawa persahabatan dan perpaduan kaum perlu berkekalan, kata Ketua DAP Tenom Grelydia Gillod.

 Meskipun kunjungan itu dilihat satu usaha yang kecil dengan hanya membawa sebungkus buah Kurma sebagai sedekah dihari baik bulan baik Ramadhan, namun ia membawa makna yang cukup mendalam dalam ertikata lain dari aspek saudara serumpun, katanya.

Selain itu, bagi masyarakat yang kurang bernasib baik masih terlantar dihospital untuk menerima rawatan tidak dilupakan dimana mereka juga menerima bungkusan makanan dan buah Kurma daripada Khidmat Sosial DAP, katanya ketika memberitahu pemberita pada Khamis.
MELAWAT PESAKIT

“ Kita ketepikan fahaman politik masing masing disaat menghadapi perayaan....apa yang lebih penting kita jadikan perayaan ini sebagai jambatan untuk mengukuhkan perpaduan yang telah sedia terbina ini,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Program tersebut telah dilaksanakan pada Khamis, dengan mengagih agihkan buah Kurma kepada kaum Muslimin dan Muslimat di Bazaar Ramadhan dan selepas itu melawat para pesakit hospital Tenom. Ends///...

Caption:- 1.KHIDMAT SOSIAL 1- Kelihatan
Grelydia mengagih agihkan buah kurma kepada masyarakat Muslim dan Muslimat dipasar Bazaar Ramadhan Tenom. 2.KHIDMAT SOSIAL 2- Kelihatan para pesakit diwad hospital juga menerima sumbangan dari DAP. 3.KHIDMAT SOSIAL 3- Grelydia mengagihkan makanan kepada salah seorang ibu yang baru melahirkan anak.

Sabtu, 10 Jun 2017

PEMBANGUNAN JALANRAYA RUNDUM FAKTA ATAU AUTA?

OLEH: ULU PADAS 
 
KENDERAAN 4X4 TERKUBUR DIKAWASAN LUMPUR DEKAT SIMPANG SUMAMBU

KEDAIFAN JALANRAYA YANG TAK PERNAH SELESAI seperti dikawasan Mukim Rundum tentulah rakyat disana akan bertanya bahawa siapakah sebenarnya pihak yang bertanggung jawab selain Wakil Rakyat dikawasan itu.

 Ramai berkata, Wakil Rakyat sudah melaksanakan tanggung jawabnya diperingkat dasar dimana buktinya selepas kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan itu kepada JKR Negeri sejumlah RM10 juta pada tahun 2013, tetapi apa yang dilaksanakan JKR sehingga kini?

Walhal kerajaan BN/UMNO telah bertapak diSabah lebih 20 tahun lalu, dengan menfokuskan  janji untuk melestarikan pembangunan diSabah yang merangkumi infrastruktur jalanraya dan lain lain akan diperhebatkan bermula dari tempoh 100 hari mula berkuasa (membentuk kerajaan diSabah)...tetapi dimana sudah janji tersebut?

Masalahnya, meskipun pemimpin telah berjanji dengan penuh keyakinan bahawa ia mampu dilakukan dengan syarat semua pihak bermula daripada pemimpin tertinggi hingga ke peringkat akar umbi termasuklah jentera kerajaan hendaklah  bekerjasama melaksanakan/menunaikan  janji janji itu.

Malang sekali ia amat mengecewakan rakyat ....apabila pada sebaliknya janji (pledge) itu gagal ditunaikan kerana "delivery system" tidak berfungsi dan peralatan terutamanya jentera tidak cukup.

Berbalik kepada cerita pembangunan jalanraya di Mukim Rundum, bukankah kerajaan pernah mewar warkan peruntukkan berpuluh juta untuk menaiktaraf jalanraya dikawasan itu, tetapi sehingga kini masih kedengaran suara suara kedaifan jalanraya mengakibatkan beberapa kenderaan pacuan empat roda terkubur dan terperangkap dal lumpur....apa yang dilakukan JKR selama ini?

SEHUBUNGAN ITU, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Kemabong Datuk Rubin lega kerana peruntukkan segera daripada kerajaan Persekutuan dan Negeri sejumlah RM2.7 juta khusus untuk membaikpulih kawasan jalanraya runtuh dan berlumpur diMukim Rundum telah diperolehi.

Peruntukkan tersebut diperolehi daripada kerajaan Persekutuan iaitu Timbalan Perdana Menteri sebanyak RM2.1 juta, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM340,000 dan kerajaan Negeri Sabah RM300,000.

KERATAN AKHBAR KENYATAAN RUBIN
“ Sebenarnya, peruntukkan tersebut telah sampai dua minggu yang lalu dan telah disalurkan diPejabat Daerah Kecil Kemabong, dimana saya telah mengarahkan ADO Kemabong supaya ia dilaksanakan dengan segera.

Disebabkan keperluan peruntukkan itu amat mendesak, beliau terpaksalah merayu kepada Kuala Lumpur supaya memberi kelulusan khas dan segera untuk membantu mengatasi masalah itu. Walaupun tanggung jawab itu adalah dipihak JKR Negeri untuk berbuat demikian, tetapi apa yang diharapkan mereka tidak lakukan.

“ (jadi) saya terpaksa bertandang ke Kuala Lumpur untuk menyembah kerajaan Persekutuan meminta bantuan dengan harapan ianya diluluskan segera,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Jumaat.

Selain itu, Rubin berkata, adakalanya beliau gunakan peruntukkan Adun untuk mengatasi masalah kedaifan dikawasan itu, namun masalahnya peruntukkan Adun agak terhad sebabnya kawasan DUN Kemabong luas malah banyak lagi pemohon peruntukkan perlu diagihkan dengan cermat, katanya.

“ Saya tidak berkecil hati mahu pun tersinggung dengan komen komen negatif kamu yang ditularkan dilaman sosial Facebook khususnya Whatsapp, tiada masalah buat komen tetapi dalam masa yang sama harus juga ditujukan kepada siapa yang sebenarnya tidak melaksanakan kerjanya.

" Kelewatan ini disebabkan birokrasi terlalu ketat, dimana setiap permohonan yang diajukan oleh seseorang Wakil Rakyat untuk kelulusan peruntukkan tidak semudah itu kerana semua permohonan yang berada diatasan akan dirujuk ke peringkat daerah...dan jika lambat buat komen maka lambatlah masalah rakyat dapat diselesaikan.

 " Sedang kami selaku Wakil Rakyat yang berpengalaman dalam masalah rakyat telah bersungguh sungguh melakukannya....tetapi itulah hakikatnya birokrasi dan prosedur kekangannya," katanya.