Sabtu, 16 Mei 2009

RAIMIE TOLAK DAKWAAN NG CHOON SOON TIDAK TURUN PADANG

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi menolak dakwaan mantan Kapitan Cina Ng Choon Soon yang mengatakan beliau tidak turun padang melawat mangsa mangsa bencana banjir yang baru berlalu selain menuduh kerajaan dan wakil rakyat tidak mmemberi perhatian kepada masalah mereka (mangsa), adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Katanya, mungkin beliau terdorong oleh perasaan marah akibat banjir itu, namun Ng harus menyemak fakta yang sebenar sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan yang boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap beliau (Raimie) kerana kenyataannya.

Raimie berkata demikian ketika menghubungi Harian Ekspress pada Jumaat sebagai reaksi beliau terhadap kenyataan mantan Kapitan Cina Ng Choon Soon baru baru ini, berhubung kegagalan kerajaan dan wakil rakyat memberi bantuan kepada para mangsa banjir disini yang baru berlalu.

Raimie berkata, adalah agak malang bagi Ng yang tidak memahami bantuan mangsa mangsa banjir sejumlah RM20 ribu daripada peruntukkan Parlimen beliau khusus untuk mangsa mangsa banjir dimana pelaksanaan pengagihannya diurus oleh satu jawatankuasa khas bencana alam daerah, yang tidak langsung pun melibatkan beliau (Raimie) didalam proses tersebut.

“ Saya berharap agar Ng bersama sama menghulurkan tangan menangani masalah banjir…dan sama sama bergerak turun padang melawat mangsa mangsa banjir supaya Ng sendiri tahu kedudukkannya dan tidak salah anggap lagi,” jelas Raimie.

“ Saya juga terkilan bila Ng mengatakan wakil rakyat dan kerajaan tidak beri bantuan..tetapi bot dan injin yang digunakan kita sudah keluarkan untuk orang kampong,” tambah beliau lagi.

Raimie seterusnya berkata, untuk mengatakan bahawa wakil rakyat tidak turun padang melawat para mangsa banjir adalah keterlaluan kerana mungkin juga Ng telah lebih mengetahuinya dan nampak dengan sendiri bahawa setiap berlaku permasalahan seperti bencana alam banjir yang sudah berlaku disini beberapa kali, tetapi tidak ada pihak yang ketinggalan malah semuanya turun padang untuk membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan