Jumaat, 21 Januari 2011

HALIK ZAMAN KUTUK PEROBOHAN RUMAH PENDUDUK KG SUMAMBU RUNDUM


Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ketua Cabang Parti Keadilan (PKR) Tenom Datuk Haji Halik Zaman selain mengutuk sekeras kerasnya tindakan Jabatan Perhutanan Sabah meroboh rumah rumah penduduk diperkampongan dalam mukim Rundum secara tidak berperi kemanusiaan malah beliau bersedia menghantar memo kepada Ketua Menteri Sabah bantahan keras PKR disini terhadap insiden itu.

Tegasnya, meskipun terdapat bukti kawasan yang diterokai seperti Kg Sumambu, Kg Kapulu, Kg Katubu dan Kg Sungi adalah kawasan hutan simpan tetapi mereka (Jabatan Hutan) harus mengambilkira bahawa kependudukkan perkampongan disitu sudah lahir sejak beratus tahun dahulu lagi.

“ Kenapa terlalu keras bertindak mereka yang mewarisi tanah adat turun temurun dari nenek moyang mereka lagi. Mereka bukan penjenayah berat yang boleh dikaitkan sebagai mengancam keselamatan Negara, menyebabkan Jabatan Hutan bertindak sedemikian rupa,” kata beliau kepada media dalam satu kenyataan diPejabat PKR Cabang Tenom sejurus selepas mesyuarat cabang selesai pada Jumaat.

“ Kita juga akan menghantar memo kepada Ahli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya perkara seumpama ini dibentangkan diParlimen tentang sikap keterlaluan dan penindasan kepada rakyat yang lemah oleh kerajaan UMNO-BN diSabah,” tambah Halik.

Dalam pada itu, beliau akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR pada mesyuarat itu minggu depan untuk merumuskan beberapa perkara kepada Biro Guaman Parti sebelum memfailkannya diMahkamah.

Sementera itu, Halik turut mengecam kedua dua wakil rakyat yang mewakili kampong terbabit kerana mereka (wakil rakyat) sudah berkhidmat lebih dua penggal tetapi masalah yang menghantui rakyat disitu tidak diurus dengan serius.

Tambahnya, rakyat sudah memberi kepercayaan kepada mereka selama lebih dua penggal dengan harapan masalah kependudukkan mereka disitu dapat diselesaikan dengan baik namun semuanya berkecai apabila Jabatan Hutan meroboh rumah rumah dan mengusir mereka dari situ.

Halik seterusnya melorongkan persoalannya dengan berkata, “ Bolehkah Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman melakukan kelulusan secara lisan tanpa melalui Persidangan Dewan Undangan Negeri berhubung kenyataan Datuk Raimie yang mahu menagih kelulusan itu kepada Ketua Menteri dan TYT Sabah dalam masa terdekat,”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan