Selasa, 18 Januari 2011

JANGAN GUNA SIFAT GANAS URUS PENDUDUK KAMPONG?


Oleh: Mail Mathew

KEMABONG: Pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) disini Saul Salleh (gambar) meminta pihak Jabatan Perhutanan memberi penjelasan terhadap tindakan drastik kakitangan mereka yang melakukan perobohan rumah rumah penduduk kampong Sinawangan Katubu tanpa amaran terlebih dahulu yang boleh disifatkan sebagai ganas dan tidak mengikut prinsip peradaban yang diamalkan manusia berintergriti tinggi.

Tegasnya, jika mereka didapati melewati had kuasa yang diberikan kepada mereka tindakan tegas disiplin harus diambil termasuk menggantung tugas sementara kepada mereka yang terbabit sehingga siasatan penuh kes itu selesai.

“ Kita memahami tugas dan tanggung jawab mereka berdasarkan arahan yang diterima tetapi takkan lah sehingga meroboh dan menakut nakutkan penduduk disitu…mereka bukanlah penjenayah berat atau ‘terrorist’,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika menghubungi Harian Ekspress pada Selasa.

Ekoran insiden itu seorang penduduk Palipus Ampasu telah membuat laporan Polis pada Isnin yang menyatakan dalam laporan itu bahawa insiden itu didalangi lebih kurang 20 kakitangan Jabatan Perhutanan yang melakukan kerja kerja meroboh 4 buah rumah penduduk kampong disitu.

Saul menambah, insiden seperti itu merupakan kejadian kali pernah berlaku didaerah disitu dimana insiden pertama melibatkan 6 penduduk kampong telah didakwa diMahkamah pada tahun lepas atas kesalahan meceroboh kawasan hutan simpan Emagit dalam Mukim Tomani.

Bagaimana pun Saul berkata, beliau tidak pasti apakah rasionalnya yang mendorong pihak kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan begitu serius sekali menguatkuasakan peraturan itu keatas kawasan kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan ‘Tanah Adat’ (Native Customary Reserve) yang termasuk dalam kawasan hutan simpan walaupun tanah tersebut sudah botak kerana telah didiami penduduk lebih sedekat lalu.

Beliau yang juga bekas Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) semasa era kerajaan PBS berkata, isu tanah adat dan penserobohan penduduk kampong ke kawasan hutan simpan telah pun diperjelaskan oleh kerajaan PBS sekitar tahun 1990an supaya kawasan kawasan yang terlibat dengan isu NCR perlu dikeluarkan dari kawasan hutan simpan.

“ Kita juga ada permintaan kepada mereka sekiranya dakwaan penduduk kampong ada asas untuk menuntut tanah adat berdasarkan kesan kesan fakta sejarah yang betul biarlah situasinya dilonggarkan sedikit yang memberi masa yang panjang kepada penduduk kampong untuk beredar,” tegas Saul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan