Isnin, 24 Januari 2011

LDP SAMBUT CNY FEB 13, DATUK V.K LIEW DIJANGKAN HADIR?


Oleh: Mail Mathew

TENOM: Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk V.K.Liew dijangka akan merasmikan sambutan majlis Muhibbah sempena perayaan Tahun Baru Cina dekat sini yang akan diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom pada Febuari 13, 2011 jam lebih kurang 6.30 petang.

Ketua Bahagian Liberal Democratik Party (LDP) kawasan Melalap Kapitan Ng Tet Hau berkata demikian ketika memberitahu Harian Ekspress diPejabat beliau dekat sini pada Isnin.

Tegasnya lagi, sepertimana moral sambutan majlis seumpama itu dimasa lalu yang memperlihatkan penyertaan kepelbagaian kaum jelas menunjukkan kekuatan perpaduan yang jitu dikalangan semua kaum dinegara ini tanpa mengira agama dan keturunan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi LDP seterusnya berkata bahawa usaha LDP kearah meralisasikan kejayaan konsep 1Malaysia menerusi sesuatu perayaan seperti majlis muhibbah seumpama itu akan berterusan dari masa ke semasa.

Beberapa aksi tarian Naga, Singa (Lion) dan Unicorn akan dipersembahkan dimajlis itu yang didatangkan khas dari Kota Kinabalu khusus untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Orang ramai dari kalangan kepelbagaian kaum adalah dijemput dan tidak dikenakan apa apa bayaran.

Kapitan Ng berkata, beberapa sumbangan dimajlis itu daripada para dermawan dan orang orang kenamaan akan diserahkan kepada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah (SM) Chung Hwa, SM Tshung Tsin dan SJKC Chung Hwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan