Sabtu, 15 Januari 2011

REGIM KERAJAAN TUN MUSTAPHA BUKAN BERSIFAT TEGAS TETAPI KERANA KL?

Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW

SEJURUS SELEPAS Tun Fuad Stephen membubarkan UPKO dan kemudiannya dilantik oleh kerajaan pusat sebagai Pesurujaya Tinggi New Zealand dan Fiji atas syor dan cadangan Tun Mustapha kepada kerajaan pusat dimana pada ketika itu Tun Mustapha dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-3 selepas parti Perikatan USNO-SCA dan dibantu beberapa Adun UPKO yang melompat ke Parti USNO seperti mendiang Datuk Payar Juman (Kiulu), Datuk Fadzil Wong (Kuala Penyu), Datuk Tingkalor Lampag (Tenom) berjaya membentuk kerajaan Perikatan diSabah selepas pilihanraya umum kali pertama sekitar tahun 1967.

Dalam penyusunan kabinet baru kerajaan Parti Perikatan setelah dimantapkan oleh mereka (YB) yang melompat ke USNO, maka kesemua mereka yang melompat telah dilantik sebagai Pembantu Menteri kecuali Datuk Payar Juman yang terus dilantik sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat Sabah sebagai ganjaran kepadanya selaku pemimpin pertama dari UPKO melompat ke USNO yang membuka jalan keluar membentuk kerajaan Perikatan diSabah pada ketika itu.

Selepas kerajaan Perikatan dilihat semakin kukuh tetapi masih menghadapi ancaman politik dikalangan KDM, penasihat USNO dan Tun Mustapha Datuk Syed kechik meneruskan peranannya dimana ketika itu Syed Kechik menfokuskan kepada kelumpuhan pengaruh sisa sisa pemimpin UPKO yang masih bertahan seperti mendiang Datuk Peter Monjuntin mantan Setiausaha Agung UPKO setelah UPKO dibubarkan dan banyak lagi pemimpin lain tetapi Mojuntin satu satunya merupakan pemimpin KDM yang paling menonjol kelantangannya mengkritik kerajaan Perikatan pimpinan Tun Mustapha pada ketika itu.

Syed Kechik bertandang ke Kuala Lumpur dan berbincang dengan pemimpin pemimpin pusat untuk mendapatkan peluasan kuasa “Darurat” selepas Peristiwa 13 Mei 1969 kepada Tun Mustapaha selaku Ketua Menteri Sabah untuk menangkap pemimpin pemimpin dan orang perseorangan yang dikategorikan menggugat keselamatan Negara dan ditangkap dibawah ISA.

Peranan Syed Kechik selaku “ Prime Mover” bagi melumpuhkan pengaruh kepimpinan KDM terus mendapat sokongan dan pujian KL, walaupun Tun Mustapha sesekali meminta beliau (Syed Kecik) memperlahankan tindakannya, tetapi semua itu dianggapnya sebagai suatu amanat kelas biasa sahaja kerana semangat berkobar kobar yang ditiup pemimpin KL tetap diteruskannya.

Selain Tun Mustapha yang dilihat seolah olah tidak berminat dengan strategi yang dibuat Syed kechik, sebaliknya lebih ramai cendikiawan Melayu Sabah yang tidak suka langsung cara kepimpinan Tun Mustapha dan kerajaan Perikatan diSabah yang mereka lihat terlalu ganas dan seolah olah terlalu mengikut telunjuk Syed Kechik.

Melihat keadaan politik malah keselamatan rakyat disesuatu kawasan diSabah yang kian bercelaru terutamanya penangkapan beberapa Paderi Keritian yang berbangsa Eropah diSabah seperti Bishop J.Buis, penangkapan beberapa pemimpin KDM yang dituduh kelakuan subversive tetapi bukti samar samar, mengarah Polis menangkap belia belia yang berambut panjang.

Melihat beberapa insiden terburuk itu, Pengarah Perjawatan Negeri Sabah pada ketika itu Datuk Haji Mohd Noor Mansor bangun dan menegur kepimpinan Tun Mustapha untuk menghentikan arahan arahan yang bersifat ganas yang kian memuncak itu, tetapi malangnya beliau (Matnor) dipecat daripada jawatan tersebut. Apa yang Datuk Matnor kehendaki ialah kerajaan Perikatan perlu mengembalikan kestabilan dan keharmonian kaum kerana ekonomi pada ketika itu mula merudum.

Keadaan sebegitu rupa tidak terhenti disitu selepas pemecatan Matnor, namun berbekalkan kepada sifat sifat inginkan keadilan dan kedamaian seorang lagi Wartawan ternama diSabah pada ketika itu Mohd Saidi Lampoh turut menerima padah dan dimasukkan dibawah tahan ISA diPenjara Kepayan kerana menulis sebuah PUISI mengkritik kepimpinan Tun Mustapha.

Sebenarnya lebih banyak lagi insiden insiden terburuk yang pernah berlaku disepanjang kerajaan Perikatan USNO-SCA selama 16 tahun , tetapi catatan ini sekadar sebuah memoir dan panduan kepada rakyat Sabah yang sebenarnya menjadi bukti penglibatan KL didalam pencelaruan kanca politik diSabah termasuk usaha usaha peminggiran pemimpin KDM dalam kerajaan sama ada ketika zaman terdahulu atau masa sekarang didalam era mellinium ini.

Regime Tun Mustapha sebenarnya tidak zalim, tetapi yang zalim ialah seorang wali KL yang sengaja dipasang oleh pemimpin KL yang bernama Datuk Syed Kechik bin Syed Mohammad berasal dari Kedah berkelulusan Peguam senegri dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Apabila Tun Mustapha suda mula mahir tentang dasar dasar pemerintahan dan Politik serantau, kerajaan Persekutuan mula meminggirkannya dengan pelbagai alas an dan tuduhan yang sensitif yang bertujuan menghasut rakyat Sabah (memang rakyat sudah benci Tun ketika itu) supaya menolak Tun Mustapha dan Perikatan dalam PRU 1976.

TULISAN INI SEKADAR RENUNGAN DAN REFRESH MEMOIR RAKYAT SABAH DAN BUKAN TUJUAN DISEBALIKNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan