Sabtu, 23 April 2011

NELSON MANJI NAFI AHLI SAPP

Oleh: AMBROSE M. MATTHEW

KENINGAU: Seorang usahawan Nelson Manjin 38, menafikan sekeras kerasnya pembabitannya dalam Parti Maju Sabah (SAPP) seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tabloid tempatan (bukan Daily Ekspress) baru baru ini ketika menyertai Parti Gerakan bersama kira kira 300 yang lain dalam satu majlis disini baru baru ini.

Tegasnya, beliau kesal dengan laporan tersebut yang disifatkannya tidak tepat kerana beliau tidak pernah menyatakan demikian kepada akhbar berkenaan yang beliau dan rakan rakannya menyertai Parti Gerakan adalah bekas ahli ahli SAPP.

“ Saya sendiri mengakui tidak pernah menyertai mana mana parti termasuk SAPP sebelum ini, dan bila laporan itu terpampang diakhbar membuatkan saya terkejut kerana tidak tepat,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika dihubungi Harian Ekspress pada Sabtu.

Nelson berkata, selepas laporan akhbar itu beliau dihujani berbagai pertanyaan daripada rakan rakan berhubung perkara tersebut dan ada diantaranya menasihatkan beliau supaya mengadakan kenyataan akhbar menjelaskan kedudukkan sebenar isu tersebut.

Beliau yang menetap diTaman Motow disini ketika diminta menjelaskan jumlah sebenar ahli ahli seramai 300 yang menyertai Parti Gerakan baru baru ini, sedang dalam gambar kelihatan bilangannya agak sedikit berbanding seperti gambar yang dirakam dalam akhbar itu beliau berkata,

“ Ahli ahli lain yang menyertai parti ini datangnya dari luar daerah dan ada juga dari Kota Kinabalu..(jadi) kebanyakkan yang lain tidak dapat hadir pada masa itu tetapi borang kemasukan ada dihantar kepada saya yang menjadikan semua jumlahnya 300 orang. Bagaimana pun semua jumlah itu dikenal pasti tidak berparti,” jelas Nelson.

Nelson seterusnya menyatakan rasa kesalnya laporan tersebut dan memohon maaf kepada SAPP kerana secara tidak sengaja parti itu dibabitkan dalam urusan tersebut.

Beberapa hari lalu, sebuah akhbar tabloid tempatan melaporkan bahawa Nelson Manjin bekas pemimpin Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman bersama sama dengan 300 ahli SAPP menyertai Parti Gerakan dalam satu majlis disini.

Borang borang kemasukan mereka telah diserahkan kepada Naib Presiden Parti Gerakan yang juga mantan Naib Presiden LDP Tan Sri Liew Yun Fah ketika dalam majlis tersebut baru baru ini.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar NELSON MANJIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan