Rabu, 13 April 2011

PENERANGAN SAPP TENOM LETAK JAWATAN


Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW BERKUATKUASA hari ini April 13, 2011 saya MAIL BIN MATHEW @ AMBROSE 60, mengumumkan perletakkan jawatan sebagai PEGAWAI PENERANGAN SAPP CLC Melalap termasuk sebagai ahli SAPP.

Keputusan ini memang berat sekali dibuat dalam keadaan rakyat Sabah inginkan pembaharuan kerajaan selepas pada PRU13 namun selepas memikirkan semasak masak tindak tanduk politik dalaman SAPP khususnya di CLC Melalap bagaikan ada usaha pihak tertentu untuk menidakkan (menyingkirkan) kepimpinan saya dalam parti itu yang telah pun saya sedari sejak beberapa bulan lalu namun sebagai ‘orang lama’ dalam politik saya berdiam diri dan akur apa sahaja perkara yang tidak menempat dalam naluri saya.

Saya ingin berterus terang bahawa kepimpinan SAPP Tenom perlu dirombak corak kepimpinannya daripada mengekalkan pemimpin ‘surat khabar lama’ seperti yang ada sekarang kepada ‘pemimpin alab baru’ jika parti itu ingin menawan semula hati rakyat khususnya pengundi muda dikawasan Melalap dan Kemabong termasuk Parlimen.

Penampilan Peguam muda Roger Stimin dalam SAPP Tenom merupakan impak yang paling berkesan bagi mengapung semula kegemilangan SAPP dimata masyarakat disini yang sepatutnya usaha usaha meremajakan kepimpinan SAPP terus diusahakan dan berlaku sebelum PRU13.

Namun sayang seribu kali sayang, belum pun sempat usaha itu berkembang, sudah ada riak riak sekerat dua pemimpin mengekang usaha saya untuk membantu mengangkat Roger Stimin ke persada perjuangan politik ditengah tengah gelanggang rakyat/pengundi.

Berbagai alasan yang diberi pemimpin berkenaan seperti ‘ Roger perlu kena jumpa Presiden dulu’, ‘ Roger kena ikut kursus induksi dulu’ dan berbagai ragam lagi. Saya ingin bertanya kepada pemimpin pemin ini…bukankah kepimpinan SAPP termasuk Presidennya yang inginkan seorang pemimpin muda dan terpelajar ditonjolkan menjadi calun pada PRU13 mewakili SAPP? Kalaulah benar…kenapa mesti mahu jumpa Presiden dan sebagainya dan kenapa tidak buat gerak kerja dulu untuk menilai prestasinya.

Pemimpin pemimpin SAPP harus sedar bahawa mereka kini mendepani tugas berat untuk meyakinkan rakyat/pengundi disemua kawasan diSabah khususnya di Melalap,Kemabong dan Parlimen Tenom kerana jasa dan bakti SAPP ketika dalam kerajaan BN suatu ketika dahulu sudah luput dari ingatan rakyat dan harus diperbaharui lagi dengan inisiatif lain menerui “Pelan Transformasi baru SAPP” untuk meyakinkan semula rakyat/pengundi sebaliknya pemimpin jenis ‘surat khabar lama’ perlu berundur kebelakang untuk memberi laluan kepada pemimpin muda alab baru seperti Roger Stimin.

Saya cabar Naib Presiden SAPP dan Ketua CLC Melalap merangkap Ketua CLC Kemabong dan Nabawan termasuk iparnya Datuk Frankie Chong supaya bertanding dalam PRU13 mana satu kawasan yang dipilih mereka atas nama SAPP dan disitu rakyat akan nilai sendiri apakah hasilnya kelak.

Sebagai ‘orang lama’ dalam politik lebih kurang 30 tahun lalu, tetap dalam prinsip saya bahawa saya tidak akan berhijrah kemana mana parti selepas ini malah akan duduk sebagai seorang pemerhati bebas dan disitu saya akan melihat dan memerhati sejauh manakah ketangkasan SAPP dalam sepak terjangnya dalam gelanggang politik ketika menjelang PRU13.

Selamat berjuang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan