Isnin, 13 Jun 2011

KEKAL MEWAH! MEWAH JANJI KOSONG?

Oleh: NASUTION NAEJEL

JANJI TAK TEPAT menyebabkan Pengerusi JKKK Kg Undusan Matin Kamandu naik berang dengan Pengurusan Kekal Mewah Sdn Bhd kerana telah menabur janji akan membaiki kerusakan jamabatan tersebut sejak tahun 2010 lagi, memaksa mereka (penduduk) menjadi macam ‘bodoh’ tertunggu tunggu janji itu ditunaikan.

Tersentak dengan kata kata Matin, Juruteknik Kekal Mewah Sameon Endim ketika dihubungi wartawan Sabahkini.net memberitahu bahawa pihaknya akan memulakan kerja kerja membaiki kerusakan jambatan diKg Undusan sepertimana yang telah dilapurkan kepada mereka sebelum ini, sebaik sahaja kelulusan peruntukkan untuk tujuan itu daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah diterima.

Beliau berkata, pihaknya telah pun menyedari perkara tersebut sejak tahun lepas lagi (2010) tetapi ia berlaku kelewatan disebabkan pelbagai prosedur dalaman perlu dipatuhi ketika proses urustadbir mendapatkan peruntukkan daripada kerajaan.

Namun jelasnya, pihak terbabit perlu bersabar dalam beberapa ketika lagi dimana pihaknya tetap akan melaksanakannya sebaik sahaja semuanya sudah tersedia khususnya peruntukkan kewangan.

Sameon berkata demikian ekoran rungutan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Undusan Matin Kamandu yang bosan menunggu janji pembaikkan jambatan rusak disitu oleh Kekal Mewah sejak awal tahun 2010 lagi.

Matin berkata, keadaan jambatan tersebut setakat ini sudah mencederakan dua penunggang basikal terjatuh kebawah disebabkan hayunan jambatan membuatkan penunggang basikal terbuang ke bawah sebatang sungai.

“ Saya mahu mendesak Kekal Mewah supaya jambatan ini diberi keutamaan untuk dibaiki kerana kami sudah terlalu lama menunggu janji janjinya…(jadi), sampai bila kami perlu tunggu lagi, sedangkan jambatan ini menjadi laluan penduduk disini setiap hari,” tegas Matin.

Selain itu, Matin dengan nada yang tegas menggesa pengurusan Kekal Mewah agar lebih serius dan lebih bertanggung jawab diatas setiap janjinya kepada masalah yang diadukan kepadanya oleh rakyat.

Adalah kerana tambahnya, kepada siapa lagi mereka mahu menyandarkan harapan untuk menangani masalah kerusakan kemudahan infrastruktur selain Kekal Mewah yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan