Jumaat, 8 Julai 2011

PDRM DEKATKAN MASYARAKAT MENERUSI PROGRAM MESRA PELANGGAN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Masyarakat sekeliling berpeluang seluas luasnya untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Pegawai Polis dimana mana daerah yang berhampiran menerusi “Program PDRM Bersama Pelanggan” yang akan berlangsung tiga kali dalam sebulan iaitu setiap Khamis pada minggu pertama dan keempat (9pagi hingga petang), manakala Sabtu pada minggu ketiga ( 2ptg-5ptg).


Demikian dinyatakan Ketua Polis Daerah disini Deputi Suprintendan Polis (DSP) Mazlan Haji Lazim ketika melancarkan program tersebut dipekan disini pada Khamis.

Beliau berkata, matlamat program tersebut selain menyemai hubungan silatulrahim antara masyarakat dengan pihak Polis, mereka (masyarakat) berpeluang meluahkan pandangan dan cadangan sebagai penambahbaikan untuk menangani masalah jenayah dan juga kegiatan gejala sosial dikalangan remaja.

“ Mungkin ada diantaranya masih segan segan mahu berjumpa dengan kita untuk sesuatu masalah yang sukar diatasinya…namun dalam program ini merupakan peluang baginya untuk meluahkannya kepada kita…Insyallah, kita akan bantu” jelas DSP Mazlan.

DSP Mazlan yang diiringi beberapa Pegawainya seperti ASP Abdullah Ismail, Chief Inspektor Ahmad Razali, Inspektor Hafidz, Sub Inspektor Malim, Sjn P.L Lim, Sjn Awang, Sjn Din Juai, Kpl Muslimin dan Kpl Awang Ali terus melayani para pelanggan yang tidak melepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan pagi itu.

Dalam pada itu, seorang aktivis masyarakat Kapitan Wong Tet Yun turut bersama menghadiri pelancaran tersebut menyatakan sokongan beliau keatas program tersebut yang disifatkannya sebagai suatu langkah keterbukaan demi kebaikan segenap lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan pihak Polis.

Beliau berkata, program tersebut merupakan suatu landasan yang tepat bagi masyarakat setempat untuk melorongkan pelbagai masalah mereka bagi mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Polis.

“ Kita mesti yakin dan percaya kepada kewibawaan PDRM dalam memerangi masalah sosial termasuk penyalahgunaan dadah…lebih lebih lagi bagi tugas menjaga keamanan dan keharmonian Negara, kita perlu disokong mereka,” tegas Wong.
Ends///..

Caption:-

Gambar PROGRAM BERSAMA PELANGGAN- Kelihatan Kapitan Wong duduk no.2 dari kiri bersama DSP Mazlan ketika pelancaran program tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan