Khamis, 23 Februari 2012

SAYA MASIH KOMITED DALAM SAPP, ROGER STIMIN

Oleh: Ambrose M. Matthew

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya beliau telah menyertai sebuah parti pembangkang lain adalah tidak benar sama sekali.

Bagaimana pun katanya, beliau tetap komited berjuang bersama SAPP sebuah parti pembangkang tempatan seterusnya beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin yang tidak berasas.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Khamis kepada media sebagai mengulas desas desus yang disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab kononnya beliau sudah berpindah ke parti pembangkang lain.

Berikut adalah sms Roger yang dihantar tengah hari tadi seperti berikut

..”salam hormat, salam perjuangan kepada seluruh ahli SAPP dan warga Tenom, semenjak kebelakangan ini terdengar desas desus yang mengatakan saya telah meninggalkan Parti SAPP dan berjuang dalam parti pembangkang yang lain.

Setiap orang boleh sebarkan apa jua cerita mengenai seseorang individu itu tetapi hanya individu itu sahaja yang dapat beri kepastian mengenai hal tersebut dan ingin saya nyatakan di sini bahawa saya masih lagi berjuang dalam Parti pembangkang tempatan Sabah iaitu Parti SAPP dan masih lagi komited terhadap perjuangan agenda Borneo kerana sebab utama saya menceburkan diri dalam politik adalah ingin melihat agenda Borneo ini dapat direalisasikan untuk kepentingan warga Sabah sekarang dan untuk masa akan datang.

saya harap selepas kenyataan ini rakan rakan seperjuangan tidak lagi terkeliru mengenai halatuju perjuangan saya dan masih lagi bersama- sama berjuang dalam merealisasikan agenda Borneo. Sekian,”.

Dalam pada itu, beberapa individu yang rapat dengan Peguam muda Roger Stimin menyifatkan tindakan beliau terus komited berjuang dalam SAPP merupakan tindakan yang tepat selain beliau salah satu daripada pemimpin muda yang mempunyai kreteria sebagai " winnable candidate" mempunyai sokongan padu dikalangan generasi muda masakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan