Khamis, 16 Februari 2012

SEGERAKAN PEMBINAAN BARU SK KALANG-KANAR

Oleh: Ambrose M.Matthew

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi mengalu alukan pengumuman Perdana Menteri baru baru ini untuk membina beberapa sekolah baru termasuk 25 sekolah baru diSabah.


Katanya, dengan perkembangan terbaru itu beliau berharap agar Sekolah Kebangsaan (SK) Kalang-Kanar yang sebelum ini dikategorikan berkeadaan tidak selamat kerana sering dilanda banjir dalam tempoh lebih 10 tahun lalu mendapat keutamaan.

Rudy berharap agar masalah yang berlarutan disekolah tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin supaya program pembelajaran termasuk kokurikulum dapat dijalankan dengan semaksima yang mungkin apabila berada disekolah baru yang serba lengkap dan luas.

Beliau menegaskan, tidak ada sebabnya pemindahan sekolah itu ke tapak baru yang lebih kondusif dilewat lewatkan sedangkan lawatan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi ke sekolah berkenaan sekitar tahun 2010 memang pada dasarnya dipersetujuinya.

Malahan tambah Rudy, wakil rakyat (Adun) pembangkang Datuk Liew Teck Chan telah membangkitkan masalah sekolah berkenaan ketika persidangan DUN Sabah sekitar tahun 2010 namun selepas itu tidak ada tanda tanda tindakan kerajaan telah dibuat.

Rudy yang juga merupakan Pengerusi Pergerakan Pemuda SAPP zon Pedalaman dan Ketua Pemuda CLC Melalap berkata, memang tidak dapat dinafikan bahawa persoalan pokok untuk meluluskan pembinaan sekolah baru berkisar kepada masalah pemilikan tapak.

Bagaimana pun katanya, kerajaan mempunyai kuasa mutlak yang terdapat didalam Ordinan Tanah untuk “aquire” tanah secara “ Force aqusition” untuk tujuan penempatan tapak sesuatu agensi kerajaan yang dikategorikan sebagai mustahak.

“ Lagi lama masalah disitu selesai selagi itu anak anak murid disekolah berkenaan menderita dan menghadapi kemunduran dari segi pembelajaran...tetapi siapakah yang bertanggung jawab kalau bukan kerajaan,” tegas Rudy.
Ends///..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan