Rabu, 10 Oktober 2012

KENYATAAN PM SABAH BUKAN NEGERI TERMISKIN KURANG TEPAT, PARTI KITA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Dakwaan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak kononnya Sabah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia, membingungkan banyak pihak terutamanya para cendikiawan seperti penganilis ekonomi antarabangsa dan tanah air kerana pengamatannya terhadap ekonomi Sabah kurang tepat.

MUTANG DAWAT @ SYLVESTER
Ini disebabkan kenyataan Perdana Menteri itu hanya berdasarkan kepada purata pendapatan per kapita negeri ini yang berada di peringkat pertengahan antara negeri termiskin dan terkaya di Malaysia.

Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Sylvester Mutang Dawat (gambar) dalam satu kenyataan disini pada Isnin sebagai mengulas pengumuman Belanjawan 2013 sejumlah RM251.6 billion pada bulan lepas (September 28).

Katanya, tidaklah menghairankan kenapa kekeliruan sebegini timbul kerana Najib menggunakan petunjuk yang tidak sesuai dan jauh menyimpang dari ukuran universal yang digunapakai seluruh dunia untuk menggambarkan tahap kemiskinan sesebuah lokaliti.

Pada kebiasaannya, tegasnya lagi, pendapatan per kapita yang ditakrif sebagai kesemua sumber pendapatan pelbagai kategori seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Pendapatan Kasar Negara dibahagikan dengan bilangan penduduk keseluruhan dalam sesebuah lokaliti pada sesuatu tahun.

Jelasnya, terdapat dua kategori kemiskinan iaitu kemiskinan tegar/keterlaluan dan kemiskinan relatif/keseluruhan yang mana mana kedua-dua golongan berada di peringkat paling bawah dalam sesebuah masyarakat, ujar Mutang.

Dalam pada itu, Mutang menjelaskan takrif kemiskinan diSabah dimana pada 2009, dianggarkan 80 peratus daripada keseluruhan isi rumah miskin berjumlah 228,400 (lebih kurang setara dengan 1.5 juta individu atau 5.4 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia) tinggal di lima buah negeri seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Walaupun hanya 8.6 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara menetap di Sabah dan Labuan, 43.4 peratus daripada bilangan isi rumah miskin seluruh negara bertumpu di situ, iaitu seramai 37,965 isi rumah, tegasnya.

Sabah juga mempunyai bilangan isi rumah yang tinggal di penempatan setinggan tertinggi di Malaysia pada 2009, setara dengan 38.3 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak 99,022 isi rumah setinggan di Malaysia, tambahnya lagi.

“ Kadar kemiskinan Sabah pada paras 19.7 peratus atau 19.2 peratus jika digabungkan dengan Labuan adalah yang tertinggi di Malaysia, lebih lima kali ganda kadar kemiskinan nasional pada 3.8 peratus atau empat kali ganda kadar kemiskinan Kelantan yang digembar-gemburkan oleh PM Najib sebagai negeri termiskin di Malaysia,” katanya.

Oleh yang demikian, tegas Mutang lagi, berdasarkan pada kadar kemiskinan dan beberapa penunjuk berkaitan kemiskinan lain pada 2009, Sabah sememangnya negeri termiskin di Malaysia dan jauh ketinggalan dari segi “soft and hard infrastructure”.

Malah, kemiskinan di kalangan etnik minoriti di Sabah adalah lebih teruk pada paras 22.8 peratus berbanding dengan hanya 6.4 peratus di negeri jirannya, Sarawak. Kesempitan hidup lebih mencengkam di kawasan jauh daripada kota dan bandar di Sabah di mana kadar kemiskinan luar bandar sangat tinggi pada paras 35 peratus, tegasnya lagi.ENDS///.. Caption:- 1.Gambar MUTANG DAWAT 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan