Ahad, 29 November 2015

APS LAPOR POLIS, BERHUBUNG KENYATAAN KETUA UMNO BEAUFORT MENGHINA BANGSA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Angkatan Perubahan Sabah (APS) agak terkilan dengan kenyataan Ketua Bahagian Umno Beaufort sepertimana yang diviralkan dilaman sosial Facebook beberapa hari lalu yang menggunakan bahasa kotor, provokasi dan perkauman tanpa penafiannya walaupun ramai yang telah meminta beliau berbuat demikian.


PAUL KADAU
Naib Presidennya Paul Kadau (gambar), tampil membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan untuk mempastikan kenyataan Ketua Umno Beaufort itu benar berlaku atau atas khianat orang lain yang sengaja melaga lagakan pemimpin berlainan kesukuan.

 “ Kita mahu perkara itu dijalankan siasatan rapi oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kerana perbuatan menghina dengan menggunakan kesukuan atau agama sering berlaku dialam maya tanpa batasan.

“ APS memandang serius perkara seperti ini digunakan sesuka hati dialam maya dengan tujuan untuk membangkitkan sentimen perkauman terutamanya dari segi penghinaan keagamaan sesuatu kaum....(malangnya) laporan polis seperti ini sering dibuat APS tetapi tiada tindakan serius dilakukan oleh pihak berkuasa.

 “ Masih segar dalam ingatan saya, bahawa kes penghinaan bangsa Dusun ini berulang dibangkitkan
oleh pihak tertentu. Malah pada suatu ketika pernah berlaku kes seperti itu difailkan diMahkamah Anak Negeri khususnya diKeningau pada 8 Oktober 2013 terhadap Mufti Sabah (Datuk Aziz Jaafar), sehingga kini kes itu belum didengar lagi.

“ (dan) itu sebabnya, perbuatan seperti ini kini menjadi ikutan malah ianya seolah olah telah menjadi budaya oleh pihak tertentu termasuklah pengguna laman sosial Facebook tanpa rasa takut,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

 Selain itu, Paul yang juga merupakan Pengerusi APS Keningau berkata, ramai masyarakat Dusun telah tergores perasaan disebabkan kenyataan Ketua Umno Beaufort itu yang
melabelkan masyarakat Dusun penakut, Dusun anjing, Dusun bodoh dan memaki hamun keluarga Dusun.

Kenyataan sedemikian rupa boleh membangkitkan kemarahan meluap luap masyarakat Dusun di seluruh Malaysia khususnya di Sabah, kerana ianya sudah berada di tahap keterlaluan dan melangkawi batas kesabaran dimana hanya boleh diselesaikan menerusi undang-undang atau adat istiadat masyarakat Dusun, tegas Paul.

Beliau menambah, meskipun begitu, Ketua Umno Beaufort itu masih ada ruang untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Dusun diatas perbuatannya, jika beliau merasakan bahawa tindakannya itu tidak terniat sama sekali atau setidak tidaknya beliau membuat penafian dan disusuli laporan polis jika beliau difitnah. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar PAUL KADAU- Naib Presiden APS. 2.Gambar LAPORAN POLIS KADAU- Gambar Laporan polis. 3.Gambar KENYATAAN MENGHINA DALAM FB – Kenyataan Datuk Isnin Aliansih diviralkan dlm FB tanpa penafiannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan