Ahad, 22 November 2015

NURUL PERLU JELASKAN MOTIF BERGAMBAR DENGAN JACEL KIRAM, NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Kelibat Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah merakamkan gambar bersama dengan anak perempuan bekas Sultan Sulu Jacel Kiram sambil memegang poster tertera perkataan "release Anwar immediately" jelas tindakan Nurul tidak menghormati rakyat Sabah terutama dan keluarga mangsa anggota keselamatan yang terkorban diTanduo pada tahun 2013, kata Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

RUDY S MAIRI
Beliau berkata, Nurul perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah dan menjelaskan motif disebalik tindakannya bertemu Jacel Kiram, sedangkan Jacel merupakan antara yang memain peranan penting dalam perancangan melakukan pencerobohan di Tanduo Lahad Datu pada tahun 2013.

Tegasnya, anak perempuan bekas Sultan Sulu Jacel Kiram merupakan musuh dalam negara kerana tidak mengiktiraf Malaysia malah menuntut Sabah dan terlibat dalam mengatur serangan di Lahad Datu.

“ Kita juga terasa terheres perasaan apabila orang yang bermusuhan dengan kita dengan begitu mudah menjalinkan persahabatan dengannya...apa tujuannya,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu untuk mengulas gambar Nurul bertemu dengan Jacel baru baru ini.

Tindakan Ahli Parlimen PKR, Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sangat memalukan dan menghina kedaulatan negara terutamanya sensiviti rakyat Sabah lebih-lebih lagi ketika laporan mengatakan seorang rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak dibunuh oleh kumpulan penculik dari Selatan Filipina.

“ Ini adalah satu kesilapan besar kerana disebabkan kepentingan peribadi dan kepentingan ayahnya, beliau sanggup menggadaikan kedaulatan negara dan membelakangkan sensiviti semua pihak terutamanya rakyat Sabah," katanya.

Nurul Izzah perlu tahu bahawa Sabah masih lagi mengalami ancaman penculik dan pengganas dari Selatan Filipina kerana mereka masih menuntut Sabah walhal pihak kerajaan Filipina tidak mengiktiraf kesultanan Sulu, tambahnya.

 “ Kita tahu Jacel Kiram adalah individu yang menyokong pencerobohan di Lahad Datu sehingga mengorbankan nyawa anggota keselamatan....(justeru) adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah sekiranya pemimpin seperti Nurul Izzah bertemu dengannya.

"Walau apa pun alasan dan tujuan disebalik pertemuan itu, ia tetap menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan seluruh rakyat Sabah," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan