Isnin, 15 Ogos 2016

PEMUDA, PUTERI UMNO BERDIRI TEGUH PERTAHANKAN KREDIBILITI PM DAN KM SABAH

Oleh: Mail Mathew

JAMAWI JAAFAR
TENOM: Mesyuarat Pergerakan Pemuda telah meluluskan usul pendidikan dimana prasarana pendidikan dikawasan disini perlu dipertingkatkan dengan mencadangkan pengwujudan sekolah menengah kebangsaan (SMK) Kuala Tomani dan Kampus cawangan Universiti Teknologi Mara diPedalaman.

Manakala Pergerakan Puteri Umno turut meluluskan usul agar had umur ahli Puteri Umno dinaikkan daripada 35 tahun kepada 40 tahun selaras dengan had umur ahli Pergerakan Pemuda.

Demikian dinyatakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar ketika membuat penggulungan usul usul yang dibentangkan pada persidangan kedua dua pergerakan itu sebelum perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Tenom diDewan Sri Antanom pada Ahad.

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Tenom telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan Umno merangkap Ahli Parlimen Ketereh dan Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa yang turut dihadiri Ketua Umno Tenom merangkap Adun Kemabong Datuk Rubin Balang.

Selain itu, Jamawi yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno Pusat berkata, cadangan pengwujudan SMK Kuala Tomani adalah wajar bagi mengatasi masalah kesesakan kelas SMK Kemabong pada ketika ini yang terpaksa menjalankan pembelajaran sidang pagi dan petang.

 Sementara itu, pengwujudan Kampus cawangan Universiti Teknologi Mara atau Kolej Mara diperlukan kerana kawasan Pedalaman terutama dikawasan Tenom belum ada kampus IPTA mahu pun IPTS diwujudkan bagi mengurangkan kos perbelanjaan ibubapa untuk menghantar anak anak diluar kawasan Pedalaman, tegasnya.

Dalam usul politik, kedua dua pergerakan itu telah meluluskan usul sokongan tidak berbelah bahagi diatas kepimpinan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Dato'Seri Najib Tun Razak akan terus dipertahankan dan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman.

Selain itu, pergerakan itu turut menolak anasir anasir luar dan media media asing yang cuba memperlekehkan kedudukan Presiden Umno dan memberi gambaran yang tidak baik kepada Perdana Menteri untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi, katanya.

Dalam pada itu, Jamawi turut gembira apabila gandingan mantap kepimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Najib dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dapat mencapai satu persetujuan secara perundingan dengan Petronas untuk mendapat agihan ekuiti 30 peratus minyak dilaut dalam. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar JAMAWI JAAFAR 2- Kelihatan Jamawi ketika menyampaikan ucapan penggulungannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan