Oleh: Mail Mathew
TENOM: Kedaifan Kompleks Sukan Tenom selepas dilanda banjir pada
Febuari 2013 dan kemudianya menyusul pula angin ribut pada Julai 2015
menerbangkan atap dan bumbung astaka (grandstand) mendapat perhatian
ramai pemimpin NGO dan kerajaan.
Mereka mengharapkan agar pihak bertanggung jawab khususnya Kementerian
Belia dan Sukan Sabah mengambil tindakan yang proaktif untuk
membaikpulih frasana sukan tersebut supaya dapat digunakan golongan
belia untuk bersukan terutamanya sekolah sekolah.
 |
| RUDY |
NGO Mamagun Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar), menyatakan rasa
kesalnya diatas kelewatan pihak berkenaan untuk membaikpulih kerosakan
tersebut sedangkan kerajaan sering menyarankan agar para belia wajar
menceburkan diri dalam aktiviti sukan.
“ Keadaan trek balapan yang begitu keras sama seperti aspal
dijalanraya ditambah pula berbinjul binjul selepas dilimpahi banjir
sudah tentu akan mencederakan para penggunanya terutamanya pelajar
pelajar ketika musim sukan sekolah sekolah.
“ Selain itu, keadaan grandstand yang rosak teruk lantai dan tangga
sudah patah mematah, macam mana pengunjung selesa berkunjung ke tempat
itu....sangat memalukan keadaannya,” katanya ketika memberitahu
pemberita pada Isnin.
Manakala Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) disini Azlan Dimon turut
mengharapkan agar kompleks sukan itu dapat dibaiki dengan secepat
mungkin untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti sukan khususnya
kejohanan sukan tahunan sekolah sekolah.
 |
| KOMPLEKS SUKAN TENOM |
Contohnya, sukan kejohanan olahraga dan Balapan bagi empat daerah
seperti Tenom, Tambunan, Keningau dan Nabawan yang telah berlangsung
pada April 2015 dimana daerah Tenom sebagai tuan rumah terpaksa
berpindah pusat ke Keningau disebabkan masalah tersebut.
“ Keadaan sedemikian menambahkan kos penganjuran kerana terpaksa
membiayai kos
 |
| TREK BALAPAN |
pengangkutan, penginapan dan sebagainya,” kata Azlan.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS)
ketika dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen mengenainya kerana
perkara itu sudah berada dalam agenda perbincangan mesyuarat Ahli
Lembaga Pengarah LSNS yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat.
Difahamkan bahawa ketika lawatan Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah
Datuk Taufik Abu Bakar Titingan kedaerah disini merasmikan Temasya
Sukan Silambam di SMK Entabuan sekitar tahun 2014 ketika ditanya
pemberita beliau dipetik berkata,
“ Secara peribadi, saya melihat keadaan itu tidak sesuai lagi untuk
dibaiki tetapi ada baiknya jika tapaknya ditimbus untuk ditinggikan
supaya ia tidak mudah dilimpahi air banjir lagi,”
katanya.Ends///...(Mail Mathew)
Caption:-
1.Gambar KOMPLEKS SUKAN TENOM 1 - Kelihatan atap astaka masih belum
dibaiki selepas diterbangkan angin, manakala trek balapan rosak akibat
ditenggelami air banjir tahun lepas.
2. Gambar KOMPLEKS SUKAN TENOM 2- Kelihatan running
 |
| ASTAKA |
track yang telah
rosak akibat banjir.
3. Gambar KOMPLEKS SUKAN TENOM 3- Keadaan lantai astaka yang telah
mengalami kerosakan terok.
4. Gambar KOMPLEKS SUKAN TENOM 4- Tangga naik ke astaka telah rosak dan hilang.