Khamis, 10 Disember 2015

PELUKIS MAMPU CERAHKAN MASA DEPAN

Oleh: Mail Mathew

YAN
TENOM: Seorang anak tempatan Jairol Singkon 27, atau nama timangannya Yan tinggal di Kg Kalang dekat sini walaupun sekadar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sukar mendapat pekerjaan tetap namun Yan tetap tidak pernah berputus asa untuk terus maju sehingga berjaya melakar nama dalam bidang senilukis.

Yan seorang anak bongsu keturunan Murut Timugon, memang mempunyai bakat dalam bidang seni lukis ketika masih diperingkat persekolahan, tetapi hanya dapat bergiat cergas dalam bidang itu sejak tahun 2013 sebaik sahaja usahanya untuk mendapatkan pekerjaan tetap telah gagal.

“ Saya tidak berputus asa dan senantiasa mencari jalan berusaha untuk memperbaiki kebolehan dalam bidang seni lukis....syukurlah sehingga hari ini rezeki saya terus datang berganda.

“ Walaupun ketika itu saya hanya mendapat bayaran secara kecil kecil untuk melukis papan iklan
atau membuat back drop daripada pelanggan...namun saya tetap bersyukur menerimanya,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Selain itu, Yan pernah menerima hadiah sebanyak RM1,400 daripada Balai Seni Lukis Sabah sekitar tahun 2014 kerana memenangi pelukis terbaik hitam putih anjuran Pusat Kebudayaan Murut Sabah dengan tajuk lukisannya “ Mistik Kasih Antanom”.

Yan beragama Islam kini tinggal bersama ibunya selepas bapanya seorang kakitangan Jabatan Keritapi Negeri Sabah telah meninggal dunia kerana
sakit tua kira kira lebih lima tahun lalu.

Yan boleh dihubungi dikedainya DONN TECH Lot 61, Kedai Wawasan Tenom dan boleh dihubungi ditalian HP: 011-31648200. ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_7545 - Kelihatan Yan sedang melukis gambar seorang pemimpin politik. 2.IMG_7546 - Yan menunjukkan lukisannya menggunakan warna atau hitam putih. 3.IMG_7547 - Lukisan yang dihasilkan Yan.

Jumaat, 4 Disember 2015

WANITA NGO MAMAGUN MINAT PROGRAM KEUSAHAWANAN MPWK

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ketua Wanita NGO Mamagun Norlia Yuntung (gambar), menyambut baik inisiatif Ketua Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan merangka beberapa pelan pembangunan untuk membantu golongan wanita menceburi bidang perniagaan menerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK).

NORLIA YUNTUNG
Beliau berkata, agak menarik sekiranya sasaran objektif itu merangkumi semua golongan wanita tanpa mengira aliran perjuangan kerana apa yang beliau fahamkan setakat ini bahawa program tersebut dilihat lebih menfokuskan kepada ahli ahli Umno sahaja.

 “ Saya melihat dan mengikuti perkembangan MPWK amat baik dan yakin ia merupakan satu satunya platfom terbaik untuk melahirkan usahawan golongan itu yang sepatutnya sudah lama berkembang maju.

 “ Wanita Mamagun amat yakin dan percaya diatas kebolehan serta pengalaman Rahmahjan mengemudikan tugas yang palin mencabar itu,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Khamis sebagai mengulas kenyataan Rahmahjan semasa melancar program MPWK diDewan Sri Antenom pada baru baru ini.

 Ketika melancarkan program keusahawanan dekat sini pada Rabu, Rahmahjan dipetik sebagai berkata, pewujudan MPWK adalah antara lain, untuk merintis peluang dan ruang untuk penyertaan
NORLIA JUGA SEORANG USAHAWAN
golongan wanita dalam perniagaan sekaligus meningkatkan sosioekonomi sekeluarga.

Datuk Rahmahjan yang juga Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah turut disifatkan Norlia sebagai pemimpin wanita yang harus dicontohi kerana kegigihannya berjuang diarena keusahawanan sehinggalah mencapai kejayaan diperingkat Nasional, katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung harapan wanita Mamagun jika diberi peluang untuk menyertai program MPWS beliau berkata, InsyaAllah, wanita Mamagun tidak akan mensia siakan peluang itu kerana objektif dan matlamat perjuangan Mamagun adalah untuk merobah corak penghidupan masyarakat “orang asal” supaya berdaya maju.

Beliau menambah, perbezaan gender untuk memburu kemajuan tidak lagi menjadi persoalan pokok kerana golongan kaum hawa juga sudah terlibat sama dalam sektor korporat, pentadbiran awam malahan ada diantaranya telah menduduki kerusi eksekutif selain pengarah pengarah, katanya. Ends///...(Mail Mathew) Caption;- 1.Gambar NORLIA YUNTUNG – Ketua Wanita NGO Mamagun

Selasa, 1 Disember 2015

SPR SUDAH BERSEDIA KAJI PERSEMPADANAN KAWASAN PILIHANRAYA DUN DAN PARLIMEN?

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang melaksanakan kerja-kerja pentadbiran sebagai persiapan awal untuk memulakan kajian urusan persempadanan semula bahagian-bahagian Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Sabah.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerja-kerja tersebut membabitkan pengumpulan maklumat pembangunan, pertambahan penduduk dan bilangan pengundi semasa.

 “(Kerja-kerja itu) seterusnya menyediakan draf laporan awal urusan persempadanan sebelum cadangan persempadanan SPR dimaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Bahagian II Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) yang ingin tahu setakat manakah persediaan yang dilakukan SPR bagi proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

 Menyentuh mengenai negeri Sarawak, Azalina memaklumkan bahawa kajian telah selesai dilaksanakan apabila laporan akhir diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Ogos lepas.

 “Tarikh tersebut juga diwartakan sebagai tamatnya tempoh urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Ahad, 29 November 2015

OKK DAVID JANI SIFATKAN MAJLIS "AKI BANDARI" SEBAGAI PROGRAM JEJAK KASIH

Oleh: Mail Mathew

KELUARGA AKI BANDARI
TENOM. Nilai kepimpinan kesatuan keluarga perlu dipertahankan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan terutamanya tanggung jawab dalam memartabatkan institusi keluarga agar terus berada dilandasan yang benar, kata Ketua Daerah OKK David Jani. 

Beliau berkata, melalui persefahaman dan kerjasama sudah tentu semua perkara yang dirancang dapat menghasilkan kejayaan dan arah serta tujuan yang baik seterusnya membolehkan kita menikmati kejayaan hidup yang bahagia sepanjang hayat.

 "Jadi saya anggap tindakan yang dilakukan oleh golongan generasi muda hari ini harus dipuji kerana
OKK DAVID JANI
sentiasa mengenang dan menghargai generasi terdahulu, iaitu nenek moyang serta ibubapa mereka.....seperti bidalan ada mengatakan orang lama dihormati, orang muda disayangi,” katanya ketika merasmikan Majlis Hari Keluarga "Aki Bandari" yang diadakan di Dewan Jinuin Jimin  Kg. Mandalom pada Sabtu lalu.

 Selain itu, OKK David berkata bahawa, melalui program Hari Keluarga dapat menemukan mana mana keluarga yang sudah lama terpisah termasuk dapat mengetahui sejarah susulgalur keturunan mereka sehinggalah ke
peringkat cucu cicit.

 “ Saya simpulkan aktiviti ini lebih sinonim kepada program jejak kasih, kerana disinilah semua kaum kerabat keluarga Aki Bandari dapat bertemu dan bersuai kenal terutamanya golongan muda,” katanya.

 Dalam pada itu, David turut mengalu-alukan inisiatif penganjuran majlis itu yang dipengerusikan oleh Tomi Tomoh yang mewakili generasi yang ke-2 daripada keturunan nenek moyang mereka yang dikenali "Aki Bandari".

 Menurut David yang juga sebahagian daripada ahli keluarga Aki Bandari, mengharapkan program seumpama itu diteruskan agar hubungan persefaham terus terjalin di kalangan ahli keluarga.

 David berkata, harapan penganjuran Hari Keluarga seperti itu bakal memberi impak yang positif di kalangan ahli keluarga terutama melahirkan semangat kekeluargaan dan mendorong anak anak mereka untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

 Di majlis itu, beberapa acara turut diadakan antaranya pertandingan Ratu Cantik Hari Keluarga Aki Bandari, sukaneka, Ratu Fesyen Kanak-kanak, Ratu Pondan, Bina Badan Kanak-kanak, Ratu Ibu dan pemotongan kek warga emas.

Penyanyi tempatan Apiang Sausun turut menghibur memeriahkan majlis itu, yang dihadiri kira kira lebih 300 orang selain pemimpin masyarakat tempatan WKAN Nauyah Bauji, WKAN Nurigi Katab, KK Nasip Tingkayung dan KK Kilip Suman.

OKK David Jani turut memakhotakan “Ratu Hari keluarga Bandari” yang dimenangi Rebicca Timonty (johan), Jessy Lyn Benjamin (naib johan) dan ketiga Theracy Stimbo. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar DAVID FAMILY 1- OKK David Jani mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga “Aki Bandari”. 2. Gambar DAVID FAMILY 2- Kelihatan OKK David Jani menyampaikan hadiah kepada para pemenang sukan dan lain lain. 3. Gambar DAVID FAMILY 3- Gambar Ratu Aki Bandari Johan (tengah), Naib Johan (kanan) dan Ketiga (kiri).

APS LAPOR POLIS, BERHUBUNG KENYATAAN KETUA UMNO BEAUFORT MENGHINA BANGSA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Angkatan Perubahan Sabah (APS) agak terkilan dengan kenyataan Ketua Bahagian Umno Beaufort sepertimana yang diviralkan dilaman sosial Facebook beberapa hari lalu yang menggunakan bahasa kotor, provokasi dan perkauman tanpa penafiannya walaupun ramai yang telah meminta beliau berbuat demikian.


PAUL KADAU
Naib Presidennya Paul Kadau (gambar), tampil membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan untuk mempastikan kenyataan Ketua Umno Beaufort itu benar berlaku atau atas khianat orang lain yang sengaja melaga lagakan pemimpin berlainan kesukuan.

 “ Kita mahu perkara itu dijalankan siasatan rapi oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kerana perbuatan menghina dengan menggunakan kesukuan atau agama sering berlaku dialam maya tanpa batasan.

“ APS memandang serius perkara seperti ini digunakan sesuka hati dialam maya dengan tujuan untuk membangkitkan sentimen perkauman terutamanya dari segi penghinaan keagamaan sesuatu kaum....(malangnya) laporan polis seperti ini sering dibuat APS tetapi tiada tindakan serius dilakukan oleh pihak berkuasa.

 “ Masih segar dalam ingatan saya, bahawa kes penghinaan bangsa Dusun ini berulang dibangkitkan
oleh pihak tertentu. Malah pada suatu ketika pernah berlaku kes seperti itu difailkan diMahkamah Anak Negeri khususnya diKeningau pada 8 Oktober 2013 terhadap Mufti Sabah (Datuk Aziz Jaafar), sehingga kini kes itu belum didengar lagi.

“ (dan) itu sebabnya, perbuatan seperti ini kini menjadi ikutan malah ianya seolah olah telah menjadi budaya oleh pihak tertentu termasuklah pengguna laman sosial Facebook tanpa rasa takut,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

 Selain itu, Paul yang juga merupakan Pengerusi APS Keningau berkata, ramai masyarakat Dusun telah tergores perasaan disebabkan kenyataan Ketua Umno Beaufort itu yang
melabelkan masyarakat Dusun penakut, Dusun anjing, Dusun bodoh dan memaki hamun keluarga Dusun.

Kenyataan sedemikian rupa boleh membangkitkan kemarahan meluap luap masyarakat Dusun di seluruh Malaysia khususnya di Sabah, kerana ianya sudah berada di tahap keterlaluan dan melangkawi batas kesabaran dimana hanya boleh diselesaikan menerusi undang-undang atau adat istiadat masyarakat Dusun, tegas Paul.

Beliau menambah, meskipun begitu, Ketua Umno Beaufort itu masih ada ruang untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Dusun diatas perbuatannya, jika beliau merasakan bahawa tindakannya itu tidak terniat sama sekali atau setidak tidaknya beliau membuat penafian dan disusuli laporan polis jika beliau difitnah. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar PAUL KADAU- Naib Presiden APS. 2.Gambar LAPORAN POLIS KADAU- Gambar Laporan polis. 3.Gambar KENYATAAN MENGHINA DALAM FB – Kenyataan Datuk Isnin Aliansih diviralkan dlm FB tanpa penafiannya.