Rabu, 20 Mei 2009

PEMAJU BOLEH SAMBUNG KERJA KALAU ADA KELULUSAN MDT


SLUG:MM/UM/TNM/MDT/KOMEN/MEI19/1200HRS/09 P:2

Oleh: Mail Mathew

TENOM, 19 Mei: Pemaju kawasan tanah lapang seluas kira kira tiga ekar disini untuk pembinaan beberapa deret kedai, kemungkinan akan dibolehkan menyambung semula kerja kerja tersebut setelah diarah diberhentikan beberapa minggu lalu oleh pihak pengurusan majlis sekiranya pihak pemaju memperolehi kelulusan mutlak daripada ahli mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat.

Jurutera Majlis Daerah disini Ir Annuar Mohammad memberitahu demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia pada Selasa yang memberi respons kepada beberapa kemuskilan dan tanda tanya masyarakat sekeliling yang melihat projek tersebut secara tiba tiba terhenti tanpa diketahui sebab sebabnya.

Bagaimana pun kata Annuar, kelulusan kepada pemaju tertakluk kepada pertimbangan ahli mesyuarat PBT dimana pemaju sekurang kurangnya mengemukakan laporan daripada jabatan jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung pelan kerja tanah.

“ Terpulanglah kepada pihak pemaju berapa lama bagi beliau mengusahakan untuk mendapatkan laporan daripada jabatan jabatan yang berkaitan…dan kalau sudah ada kelulusan daripada PBT, maka kita tiada masalah untuk membenarkannya,” jelas Annuar.

Dalam pada itu, beberapa individu dikalangan usahawan disini mula tertanya tanya mengapa projek tersebut tiba tiba sahaja terhenti, dimana orang ramai yang melihat seolah olah projek tersebut terbengkalai.

Malah ada diantaranya hairan mengapa projek yang dijalankan itu tidak memasang papan kenyataan yang memaparkan maklumat projek yang dilaksanakan. seperti pada kebiasaannya.

Projek tersebut telah diarah oleh pengurusan majlis daerah disini supaya diberhentikan serta merta sekitar bulan April, 2009 kerana difahamkan pemaju terbabit belum mendapat kelulusan mutlak daripada ahli mesyuarat PBT.

Keadaan menjadi lebih tegang lagi apabila penghuni yang bersebelahan dengan tapak projek tersebut telah membuat aduan kepada pihak majlis dan juga jabatan jabatan lain khususnya JPS dimana pihak pemaju telah menimbus sistem saliran yang sedia wujud disitu yang menjadi kemarahan kepada penghuni berhampiran.

Ekoran kedegilan dan keengganan pihak pemaju menerima beberapa saranan para penghuni berhampiran supaya sistem saliran dipulihkan, telah membawa kepada bantahan projek tersebut kepada pihak pengurusan majlis supaya tidak diteruskan selagi sistem saliran tidak dipulihkan oleh pihak pemaju.
Ends///..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan