Isnin, 7 Mac 2011

SEMINAR BAHASA IBUNDA MURUT BAKAL DIRASMIKAN DUTA FINLAND KE MALAYSIA


Oleh: Mail Mathew TENOM: Murut Language Center (MLC) dengan kerjasama Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) serta Suomen Vapaakirkko (SVK-Finland) akan mengadakan seminar Bahasa Warisan Murut pada Mac 14 hingga 17, 2011 bertempat di Hotel Perkasa disini yang akan dirasmikan Duta Finland di Malaysia Henna Knuuttila.

Demikian dinyatakan Pengerusi MLC Dr. Lucas Umbul (gambar),ketika memberitahu Harian Ekspress pada Isnin berhubung perkara tersebut sambil menjelaskan bahawa seminar itu terbuka kepada semua masyarakat Murut secara percuma.

Tegasnya, seminar tersebut merupakan atas daya usaha KLF yang membantu MLC dalam memperjuangkan bahasa ibunda Murut ke peringkat antarabangsa dengan bantuan kedutaan Finland.

Selain itu tegas Dr Lucas, dalam seminar itu yang turut disertai oleh para pegawai dari Jabatan Pelajaran Sabah (JPS) dijangka akan membentuk satu perbincangan khusus untuk memasukkan Bahasa Murut sebagai salah satu Kurikulum yang bakal diajar disekolah sekolah kelak.

“ Tujuan seminar ini juga antara lain untuk memelihara adat dan senibudaya Murut selain mendokumentasikan secara lebih formal dan sempurna sebelum ia menjelajah ke peringkat antarabangsa,” tegas Dr Lucas yang yakin bahawa Bahasa Murut akan mendapat sambutan yang menggalakkan diperingkat antarabangsa.

“ Pendokumentasian bahasa ibunda ini salah satu usaha untuk mempertahankan talian hayat bahasa itu daripada pupus ditelan zaman…sedangkan sekarang pun ramai generasi muda terutamanya generasi di alab baru tidak dapat menguasai bahasa Murut dengan lebih sempurna,” tambahnya lagi.

Dr Lucas menambah, sepertimana kata pepatah Melayu ada mengatakan bahawa hilangnya budaya dan bahasa, maka hilanglah bangsa. Maksudnya, kemertabatan bangsa dan budaya bagi sesuatu kaum tidak boleh dipisahkan.

“ Kita juga boleh ibaratkan tamadun bangsa, budaya dan bahasa sama seperti lagu dan irama jika dipisahkan maka sumbanglah lagu itu, “ jelas beliau.
Ends////..

Caption:-

Gambar DR LUCAS UMBUL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan