Isnin, 7 Mac 2011

UMNO-BN TUMBANG PRU13 JIKA PEMBANGKANG BERSATU DIBAWAH SATU LAMBANG PERJUANGAN!

Oleh: JACKSON LU, B.A.(Hons) USM

RANJAU dan onak duri yang diharungi disepanjang liku liku perjalanan untuk sampai ke matlamat kebahagiaan yang dicita oleh RAKYAT Sabah sukar dapat di materialisasikan selagi pelbagai masaalah seperti pemberian Kad Pengenalan dan pemberian kerakyatan kepada PATI tidak selesaikan secara mutlak.

Menghimpit masalah itu sebagai satu satunya kekangan kepada penyelesaiannya adalah kerana dalang yang merencanakan pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI masih segar dan berlegar legar berada disekeliling rakyat Sabah, apa lagi jika golongan itu terus disokong oleh segelintir petualang rakyat dikalangan pemimpin KDM Sabah yang pernah menyuburkan kehadiran UMNO ke Sabah dalam tahun 1990an.

Malahan keadaan bertambah buruk lagi apabila Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin berterus terang menolak cadangan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing bagi penubuhan Suruhanjaya DiRaja (RCI) untuk menyiasat isu pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI.

Sudah tentu wujud seribu satu persoalan bermain dikepala setiap rakyat Sabah yang ingin tahu siapakah dalang disebaliknya yang mencipta ‘malapetaka’ ini kepada bumi bertuah Sabah ini yang dicintai. Umum mungkin sudah dapat menekanya tetapi masih khuatir akan keselamatan dirinya selepas itu.

Selain masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI, masalah masalah lain juga turut memainkan peranan untuk memberi tekanan mental kepada rakyat Sabah seperti pemanipulasian ekonomi, pembangunan, menidakkan hak kuasa otonomi diSabah dengan harapan mereka supaya pemimpin Sabah yang berpengaruh tunduk dan bersifat ‘YES BOSS’ kecuali DSP Wilfred Bumburing, kepada Kuala Lumpur (KL).

Apabila semua gejala tersebut terungkai dalam seminar UBF diIbukota disini baru baru ini, maka timbulah persoalan persoalannya diantaranya bahawa siapakah dalang atau ‘master mind’ disebalik persoalan itu dan jawapannya tidak lain tidak bukan ialah UMNO dan dibantu BN.

Mungkin umum masih segar kenyataan mantan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Karim Ghani ketika beliau keluar UMNO dan menyertai PKR yang mengesahkan bahawa kehadiran UMNO ke Sabah adalah semata mata mahu menumbangkan kerajaan PBS pada ketika itu yang masih berpengaruh diSabah supaya jatuh tersungkur dibumi Sabah.

Terbuktilah sengat yang dirancang khas UMNO bahawa selepas tumbangnya kerajaan PBS pada tahun 1994 selepas beberapa bulan memegang tampuk kerajaan diSabah apabila beberapa ADUNnya yang dipilih melompat menyertai UMNO yang diketuai Adun Kota Klias DSP Lajim Ukin, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, dan Adun Dilantik Datuk Zaini Isa, mengakibatkan kerajaan PBS tumbang kerana kurang korum majoriti ADUN untuk meneruskan tampuk kerajaan diSabah.

Titik tolak kepada peristiwa itu, maka ramailah ‘katak katak puru’ mengikut jejak kawan kawan lamanya yang bergelar ‘King katak’ melompat kepada UMNO dan BN menjadikan BN diSabah lebih kukuh untuk membentuk kerajaan diSabah dimana mantan TYT Tun Sakaran Dandai dinobatkan oleh KL mengetuai kerajaan diSabah untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah secara bergilir (rotation system diperkenalkan Tun M kerana janji sebelum PRU1994).

Selang beberapa tahun UMNO-BN berkuasa diSabah pelbagai strategi turut dimantapkan dalam usaha untuk mengekalkan kuasa mereka diSabah agar berterusan selama lamanya dirancang begitu kemas dan rapi ibarat pepatah Melayu yang pernah disebut, “Kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak”..

Dalam kesempatan itu secara kebetulan SPR ketika dalam rangka penyusunan semula persempadanan kawasan pilihanraya. Maka disinilah bermulanya kewujudan pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan PATI untuk digunakan pengisian tambahan populasi pengundi baru bagi kawasan kawasan yang baru diwujudkan selepas penambahan kawasan DUN diSabah diluluskan diParlimen.

Mekanisma itu ternyata berfungsi dengan baik apabila dua PRU selepas tahun 1994, kekuatan PBS tidak dapat menggoncang UMNO-BN untuk direbahkan ke bumi namun kelibatnya terus kukuh dan megah mendabik dadah kononnya merekalah “Sangkaka Waja Pejuang Perkasa” rakyat Sabah.

Ekoran itu, PBS yang lantang membela rakyat Sabah dan memperjuangkan hak otonominya namun suara ‘mengaum umpama singa kelaparan’ tidak bertahan lama dan akhirnya diulit sindrom ‘lemah longlai’ dan terpaksa sujud kepada KL dan merangkak semula menyertai BN walaupun BN pernah diludahnya pada pilihanraya Parlimen tahun 1990 yang bertindak keluar dari gagasan BN dan menyertai Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaliegh Hamzah bersama sama DAP dan PAS tetapi malangnya impian mereka ‘kecundang’.

UMNO-BN yang mempunyai pengikut akar umbi yang utuh dimana teras kekuatannya 60 peratus daripadanya adalah PATI yang mempunyai Kad Pengenalan dan kerakyatan Malaysia serta telah terdaftar sebagai pengundi, terus memainkan perana penting malah terus mengusai peluang peluang pekerjaan yang selesa di Jabatan Jabatan Kerajaan termasuk mengeksploitasikan ekonomi untuk kepentingan kroni kroni mereka.

Jawapan mahunpun ‘finding solution’ kearah menghapuskan kerakusan dan malapetaka itu, seorang panel UBF yang juga mantan Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia Dr Chong Eng Leong menegaskan bahawa tindakan hanya berkesan jikalau semua parti pembangkang bersatu ala pentadbiran BN menghadapi satu lawan satu menentang UMNO-BN pada PRU13.

Jika semua strategi itu berlaku pastinya UMNO-BN akan tumbang pada PRU13 sama ada diSabah mahupun diSemenanjong supaya kerajaan baru dapat dibentuk selepas UMNO-BN tumbang yang sekaligus melakukan pembersihan terhadap sisa sisa pentadbiran kotor UMNO-BN. Hanya menumbangkan UMNO-BN pada PRU13 sebagai jawapan yang tepat untuk menyelesaikan pelbagai masalah diSabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan