Selasa, 20 September 2011

PEMUDA SAPP TENOM HULUR SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Melalap Roger Stimin menziarahi mangsa kebakaran diKg Sawang Mollin Haji Morris 44 pada Isnin, sambil menyampaikan sumbangan sebagai simpati beliau kepada keluarga mangsa diatas kejadian tersebut.

Kejadian tersebut yang berlaku pada September 2, 2011 jam lebih kurang 10 pagi rumah mangsa ranap terus dijilat api mengakibatkan Mollin dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang dimana jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM100 ribu.

Bernasib baik kerana pihak Bomba cepat berkejar ke situ dan sempat menyelamatkan api tersebut merebak ke rumah jiran disebelahnya. Punca kejadian kini masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat.

Mollin ketika menceritakan detik cemas kejadian itu dimana beliau dan keluarganya tidak berada dirumah itu semasa kejadian kecuali seorang warga emas tetapi sempat diselamatkan oleh jiran jiran sebelah. Tiada kemalangan melibatkan jiwa terkorban ketika kejadian.

Dalam pada itu, Roger bersimpati dengan kejadian itu dan menasihatkan Mollin dan keluarganya agar bersabar dan tenang menghadapi situasi tersebut.
Ends///..

Caption:-

1.Gambar SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN- Kelihatan Roger menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Mollin Haji Morris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan