Selasa, 20 September 2011

SAPP TERAP NILAI NILAI MURNI GOLONGAN BELIA

Oleh: Ambrose M Matthew

ANAK KAMPUNG satu satunya jolokkan yang pernah di anugerahkan oleh ‘orang terdahulu’ apabila melihat kelicikan dan ketangkasan seseorang belia dalam apa juga aktiviti terutamanya dari segi aktiviti kesukanan yang dikuasai dengan begitu tangkas dan gagah mampu memukau sesiapa yang menontonnya.


Semangat sedemikian yang cuba diketengahkan semula oleh Pengerusi Pergerakan pemuda SAPP Zon Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi ketika merasmikan perlawan Futsal antara zon Daerah mengundi CLC Melalap yang telah diadakan di Gelanggang sukan Futsal di Kg Sawang pada Isnin.

Diperingkat akhir seramai 6 pasukan berjaya ke peringkat akhir iaitu Kalang, Kanar, Lagud, Pulong, Melalap dan Sawang dimana seterusnya mereka akan bertarung pula diperingkat daerah daerah (CLC) diPedalaman dan pasukan yang menjadi “Juara” akan mewakili Pedalaman ke peringkat Sabah.

Rudy yang mengilhamkan acara tersebut menjelaskan bahawa setiap peserta tidak semestinya seseorang belia itu telah menjadi ahli SAPP sebaliknya ianya terbuka kepada semua belia belia yang belum berparti yang antara lain modus operandi aktiviti itu berkonsepkan “Inklusif” dan bukan “Eksklusif”.

“ Kita juga tidak bermaksud untuk mengheret generasi muda supaya berkecimpung dalam politik dalam usia seawal itu namun tujuan kita adalah sebagai pengisian masa yang banyak terluang bagi para belia daripada mereka terjerumus dengan pelbagai gejala sosial negatif yang akhirnya akan merosakkan masa depan mereka,” tegas Rudy.

Selain itu, Rudy turut menegaskan bahawa aktiviti sedemikian adalah sejajar dengan matlamat dan hala tuju perjuangan SAPP yang memberi penekanan terhadap masa depan para belia dan beliawanis di negeri ini supaya golongan ini tidak akan terpinggir didalam arus pembangunan perdana lebih lebih lagi jika SAPP ditakdirkan mengambil alih tampuk kerajaan pada PRU13 kelak.

“ Kita tidak mahu menunggu sehingga SAPP sudah mengambil alih kuasa kerajaan baru mula menyusun semula program belia tetapi kita hendaklah bermula dari sekarang setakat mana yang kita dapat lakukan yang seada adanya,” tambahnya lagi.

Beliau menambah bahawa matlamat perjuangan SAPP bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan negeri dan Negara malah akan turut memainkan peranan yang lebih efektif untuk mempastikan golongan belia dan beliawanis terus terbela dan meletakkan mereka diatas puncak yang lebih bermaruah dan berwibawa tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan