Khamis, 18 Februari 2016

BANGUNAN BARU 4 TINGKAT SM CHUNG HWA BERHARGA RM4 JUTA SIAP

Oleh: Mail Mathew

BANGUNAN BARU EMPAT TINGKAT SM CHUNG HWA TENOM
TENOM: Blok bangunan baru empat tingkat SM Chung Hwa yang berharga hampir RM4 juta dibawah peruntukkan pusat dan negeri kini siap kira kira 90 peratus, dan dijangka akan diserahkan kepada pengurusan sekolah dalam masa terdekat, kata Pengerusi Lembaga Amanah Sekolah Chung Hwa Tenom Ng Tet Hau.

 Bagaimana pun, Ng Tet Hau masih memerlukan penjanaan peruntukkan daripada kerajaan kira kira RM1 juta untuk menyiapkan lanskap kawasan persekitaran, perabot kelas dan susunatur pejabat am untuk guru guru, katanya ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

 “ Disebabkan pertambahan kos harga material bangunan kebelakangan ini, maka sudah tentu unjuran harga bagi projek pasti berlaku...(oleh itu) kami berharap agar rayuan kami dapat dipertimbangkan,” tegasnya.

Beliau berkata, projek tersebut yang bermula sekitar tahun 2013, meskipun masih mempunyai peluang untuk merayu kepada kerajaan untuk memohon mendapatkan peruntukkan tambahan sebanyak kira kira RM1 juta namun langkah langkah lain perlu dilakukan oleh bekas bekas pelajar sekolah itu untuk mendapatkan sumbangan, tegasnya.

NG TET HAU
Justeru, Ng dan rakan rakannya dalam Lembaga Amanah Sekolah itu termasuk para ibubapa menghargai keprihatinan kerajaan pusat dan kerajaan negeri kerana telah membantu mendapatkan peruntukkan bagi pembinaan tambahan blok bangunan baru empat tingkat.

“ Terima kasih yang tidak terhingga kepada bekas Menteri Pendidikan yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu tahun 2013 Tan Sri Muhyddin Yassin yang mengumumkan peruntukkan sebanyak RM2 juta untuk memulakan pembinaan itu.

 “ Selain itu, tidak lupa kami ucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman diatas sumbangan kerajaan negeri Sabah untuk menambah peruntukkan tersebut,” katanya.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar NG TET HAU- Pengerusi Lembaga Amanah Sekolah Chung Hwa Tenom. 2.Gambar BANGUNAN BARU CHUNG HWA- Kelihatan lanskap masih belum siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan