Khamis, 18 Februari 2016

NGO MAMAGUN BANTAH CADANGAN KEMASUKKAN 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH KE MALAYSIA

Oleh: Mail Mathew

RUDY S MAIRI
TENOM: NGO Mamagun turut serta dengan beberapa NGO lain untuk membantah isu kemasukkan 1.5 juta pekerja Bangladesh dinegara ini, dimana setelah memikirkan kesan daripada tindakan kerajaan itu, ianya dilihat bakal merumitkan lagi keadaan kerana masih terdapat beberapa isu tertunggak masih belum diselesaikan lagi terutamanya isu PTI dan RCI.

Walaupun sasaran utama pengambilan warga Bangladesh kebanyakkannya untuk kawasan diSemenanjong Malaysia kerana difahamkan terlalu banyak permintaan industri bagi sektor sektor pengilangan namun kebimbangan kemungkinan tempiasnya akan merebak ke wilayah Borneo suatu masa kelak, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

Oleh itu, untuk memenuhi permintaan para pemain idustri, kerajaan perlu memainkan peranan untuk merangka satu pelan cadangan kepada industri industri yang memerlukan tenaga kerja supaya sistem tangga gaji pekerja buruh dinaikkan ke tahap yang seimbang dengan situasi ekonomi ketika ini, jelas Rudy.

Rudy berkata, adalah tidak benar para belia dilabelkan sebagai kurang meminati kerja kerja kolar biru atau bekerja diladang ladang, sebaliknya masalah utama yang menjadi kekangan kepada golongan itu banyak berkisar kepada sistem penggajian yang murah termasuk tidak menawarkan faedah faedah sampingan sebagai tambahan kepada gaji mereka.

“ Siapa mahu bekerja jikalau gajinya hanya RM8.00 sehari tanpa imbuhan lain....itu sebabnya kebanyakkan belia belia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Semenanjong untuk bekerja dikilang kilang dengan gaji yang lumayan.

“ Jadi, atas masalah sedemikian tidak bermakna mereka (belia) tidak berminat bekerja dikilang kilang atau ladang ladang diSabah tetapi masalahnya ialah tangga gaji yang murah, tak boleh cukup makan,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

Rudy berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pada baru baru ini bahawa kerajaan telah bersetuju pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh datang ke Malaysia.

Tegasnya, kedatangan mereka sebagai memenuhi permintaan sektor pengilangan dan perladangan untuk mengisi kekosongan tenaga buruh dinegara ini.

DiSabah, terdapat beberapa NGO dan pemimpin kerajaan menyatakan bantahan keatas cadangan tersebut dan meminta kerajaan pusat mengkaji semula cadangan itu termasuk menaiktaraf sistem penggajian sektor pengilangan dan perladangan agar peluang untuk diisi oleh warga tempatan masih ada. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan