Ahad, 5 November 2017

PERBALAHAN ANTARA PMS DENGAN DBP BERHUBUNG SALAH FAKTA SEJARAH MURUT SELESAI

OLEH: ULU PADAS 
 
KETUA KETUA ADAT SELURUH SABAH

MELENYAPKAN perbalahan antara Persatuan Murut Sabah (PMS) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung isu kesilapan fakta dalam buku Sejarah Tingkatan Satu pihak DBP kena mengorbankan seekor kerbau sebagai “Sagit” bagi bayarannya. 

 Presidennya Datuk Rubin Balang, mewakili tiga sayap suku Murut iaitu NGO Mamagun, Persatuan Belia Murut (PBM) dan seluruh komuniti Murut berkata bahawa sesungguhnya tindakan Persatuan mereka mengenakan “Sagit” kepada DBP merupakan suatu ikhtibar agar ianya tidak berulang.

Insiden itu berlaku tahun 2016, apabila DBP memuatkan artikel berhubung adat kematian suku kaum Murut mendakwa kononnya apabila mati mayatnya akan dibakar dan disimpan didalam rumah selama 7 hari sebelum dikubur.

Ekoran itu, beberapa persatuan dan NGO Murut telah merasa marah dan membuat laporan polis berhubung isi kandungan buku teks tersebut dan meminta pihak DBP memohon maaf serta menarik balik buku buku tersebut dipasaran.

Rubin melihat bahawa meskipun kesilapan itu hanya melibatkan beberapa ayat seperti “ Orang Murut mati mayatnya dibakar dan disimpan didalam rumah selama 7 hari sebelum dikubur” namun ia cukup memberi kemudaratan terhadap “adat” suku kaum Murut, lebih lebih lagi buku buku itu sudah berada dipasaran dan sekolah, katanya.

 Justeru, Rubin turut menyarankan agar guru guru lebih peka dan berhati hati dengan keadaan seperti itu agar tidak berulang lagi malah tidak terperangkap dengan masalah tersebut, katanya.

 “ Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya kita dapat bertemu dan berbincang secara aman damai...malah segala bentuk perdamaian kita terjemahkannya mengikut adat istiadat suku Murut seterusnya kita bersedia memaafkan DBP diatas kesilapan mereka,” katanya ketika berucap dalam upacara Sagit dan Perdamaian diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Pulong dekat sini pada Sabtu.

 Selain itu, PMS telah membawa perkara tersebut untuk dibincang dengan pakar pakar adat daripada beberapa Mahkamah Anak Negeri didaerah daerah berpendudukan suku Murut sebelum mengambil tindakan lanjut terutamanya meminta DBP menarik buku buku teks tersebut dipasaran dan meminta maaf kepada masyarakat Murut.

 “ Bernasib baik, apabila berjumpa dengan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan memaklumkan perkara tersebut...dia telah mengarahkan KSU KPM supaya meminta maaf dan menyelesaikan masalah itu mengikut adat,” kata Rubin.

 Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Ketua Umno Tenom seterusnya mengistiharkan perkara tersebut sebagai TUTUP...the case is over...let's get together for the better future. Dia juga menyarankan agar kerjasama diantara DBP dan PMS terus bekerjasama rapat dalam mempastikan setiap bahasa atau adat Murut yang diajar disekolah sekolah tidak terpesong atau lari dari landasannya.

 Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Bobbey, DO Tenom Madiyem Layapan, DO Nabawan Fredian Gan, Datuk Kadoh Agundong, Datuk Abdul Adzis Abas, MP Tenom Datuk Raime Unggi, Rudy Mairi dan para Ketua Daerah, KAN, WKAN dan KK serta para komuniti Murut dari setiap daerah.

Terdahulu, Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis bin Abas berkata, beliau berasa syukur dan terima kasih kerana pihak PMS yang mewakili suku kaum Murut telah menerima mohon maaf daripada DBP demi kesejahteraan komuniti kita semua.

 Selain itu, pihaknya telah bersetuju merealisasikan perdamaian sagit tersebut mengikut amalan adat daripada suku kaum Murut dan pasti akan menghormatinya.

 Datuk Adzis berkata, pihak DBP telah menerima memorandum bantahan yang menyatakan bahawa mereka telah terguris dengan kandungan fakta yang disebutkan dalam buku sejarah tersebut yang kini telah pun ditamatkan penerbitannya tahun 2016.

Bagaimana pun, pada sebelum itu satu artikel permohonan maaf daripada DBP yang disiarkan didalam Utusan Borneo keluaran pada 30.10.2016.

 Dalam pada itu, disebelah awal pagi kira kira jam 6.30 pagi satu upacara menyembelih binatang (kerbau) dilakukan dan disaksikan oleh ahli DBP terdiri daripada Datuk Abdul Adzis Abas, Asmiah Haji Ajamain, dan daripada KPM Hajah Zainap binti Derahim dan Yusri Amir. Ends///...(Mail Mathew)

1 ulasan:

  1. Titanium App - Homepage - ITANIAN ART - iTanium
    This is a perfect app titanium uses for all the different projects, womens titanium wedding bands as you can titanium meaning explore many in-game and in-play titanium tube sections. ford transit connect titanium At this point, you'll want to

    BalasPadam