Ahad, 5 November 2017

PERBALAHAN ANTARA PMS DENGAN DBP BERHUBUNG SALAH FAKTA SEJARAH MURUT SELESAI

OLEH: ULU PADAS 
 
KETUA KETUA ADAT SELURUH SABAH

MELENYAPKAN perbalahan antara Persatuan Murut Sabah (PMS) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung isu kesilapan fakta dalam buku Sejarah Tingkatan Satu pihak DBP kena mengorbankan seekor kerbau sebagai “Sagit” bagi bayarannya. 

 Presidennya Datuk Rubin Balang, mewakili tiga sayap suku Murut iaitu NGO Mamagun, Persatuan Belia Murut (PBM) dan seluruh komuniti Murut berkata bahawa sesungguhnya tindakan Persatuan mereka mengenakan “Sagit” kepada DBP merupakan suatu ikhtibar agar ianya tidak berulang.

Insiden itu berlaku tahun 2016, apabila DBP memuatkan artikel berhubung adat kematian suku kaum Murut mendakwa kononnya apabila mati mayatnya akan dibakar dan disimpan didalam rumah selama 7 hari sebelum dikubur.

Ekoran itu, beberapa persatuan dan NGO Murut telah merasa marah dan membuat laporan polis berhubung isi kandungan buku teks tersebut dan meminta pihak DBP memohon maaf serta menarik balik buku buku tersebut dipasaran.

Rubin melihat bahawa meskipun kesilapan itu hanya melibatkan beberapa ayat seperti “ Orang Murut mati mayatnya dibakar dan disimpan didalam rumah selama 7 hari sebelum dikubur” namun ia cukup memberi kemudaratan terhadap “adat” suku kaum Murut, lebih lebih lagi buku buku itu sudah berada dipasaran dan sekolah, katanya.

 Justeru, Rubin turut menyarankan agar guru guru lebih peka dan berhati hati dengan keadaan seperti itu agar tidak berulang lagi malah tidak terperangkap dengan masalah tersebut, katanya.

 “ Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya kita dapat bertemu dan berbincang secara aman damai...malah segala bentuk perdamaian kita terjemahkannya mengikut adat istiadat suku Murut seterusnya kita bersedia memaafkan DBP diatas kesilapan mereka,” katanya ketika berucap dalam upacara Sagit dan Perdamaian diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Pulong dekat sini pada Sabtu.

 Selain itu, PMS telah membawa perkara tersebut untuk dibincang dengan pakar pakar adat daripada beberapa Mahkamah Anak Negeri didaerah daerah berpendudukan suku Murut sebelum mengambil tindakan lanjut terutamanya meminta DBP menarik buku buku teks tersebut dipasaran dan meminta maaf kepada masyarakat Murut.

 “ Bernasib baik, apabila berjumpa dengan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan memaklumkan perkara tersebut...dia telah mengarahkan KSU KPM supaya meminta maaf dan menyelesaikan masalah itu mengikut adat,” kata Rubin.

 Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Ketua Umno Tenom seterusnya mengistiharkan perkara tersebut sebagai TUTUP...the case is over...let's get together for the better future. Dia juga menyarankan agar kerjasama diantara DBP dan PMS terus bekerjasama rapat dalam mempastikan setiap bahasa atau adat Murut yang diajar disekolah sekolah tidak terpesong atau lari dari landasannya.

 Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Bobbey, DO Tenom Madiyem Layapan, DO Nabawan Fredian Gan, Datuk Kadoh Agundong, Datuk Abdul Adzis Abas, MP Tenom Datuk Raime Unggi, Rudy Mairi dan para Ketua Daerah, KAN, WKAN dan KK serta para komuniti Murut dari setiap daerah.

Terdahulu, Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis bin Abas berkata, beliau berasa syukur dan terima kasih kerana pihak PMS yang mewakili suku kaum Murut telah menerima mohon maaf daripada DBP demi kesejahteraan komuniti kita semua.

 Selain itu, pihaknya telah bersetuju merealisasikan perdamaian sagit tersebut mengikut amalan adat daripada suku kaum Murut dan pasti akan menghormatinya.

 Datuk Adzis berkata, pihak DBP telah menerima memorandum bantahan yang menyatakan bahawa mereka telah terguris dengan kandungan fakta yang disebutkan dalam buku sejarah tersebut yang kini telah pun ditamatkan penerbitannya tahun 2016.

Bagaimana pun, pada sebelum itu satu artikel permohonan maaf daripada DBP yang disiarkan didalam Utusan Borneo keluaran pada 30.10.2016.

 Dalam pada itu, disebelah awal pagi kira kira jam 6.30 pagi satu upacara menyembelih binatang (kerbau) dilakukan dan disaksikan oleh ahli DBP terdiri daripada Datuk Abdul Adzis Abas, Asmiah Haji Ajamain, dan daripada KPM Hajah Zainap binti Derahim dan Yusri Amir. Ends///...(Mail Mathew)

PROGRAM JR DAN JR PLUS PLATFOM UMNO-BN UNTUK PASTIKAN KEMENANGAN PRU14

Oleh: Mail Mathew 
 


TENOM: Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus peringkat Parlimen Tenom sudah siapsiaga untuk menghadapi gelanggang pilihan raya pada bila-bila masa, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom, Datuk Rahmahjan Sulaiman. 

Ramahjan memberitahu bahawa, jentera JR dan JR Plus sudah lama dipersiapkan, malah bersedia bila-bila masa (anytime) dan boleh diaturgerak serta-merta jika diperlukan, katanya.

“Kami dalam Wanita UMNO Tenom dan jentera JR, JR Plus siap-siaga untuk masuk gelanggang pilihan raya, biarpun esok, sebelum matahari terbit....kami sudah bersedia dan hanya menunggu signal dan tiupan wisel daripada kepimpinan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Sabtu semasa Majlis Pelancaran JR dan JR Plus Peringkat DUN N36 Kemabong di Dewan Sri Ontoros, Kemabong, yang dirasmikan oleh Ketua Umno Tenom merangkap Adun Kemabong Datuk Rubin Balang. Ketua UMNO Bahagian Tenom merangkap ADUN N36 Kemabong,

Datuk Rubin Balang melancarkan JR & JR Plus DUN Kemabong. Turut hadir ialah, Ahli Parlimen Tenom merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raime Unggi, pimpinan UMNO Bahagian Tenom, pimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pemimpin masyarakat akar umbi.

Rahmahjan berkata, keyakinan Wanita UMNO dan Wanita BN untuk berdepan pilihan raya bukan retorik dan cakap politik, kerana telah lama melakukan kerja-kerja di peringkat akar-umbi.

“Gerak kerja kami bukan bermusim, seperti yang dipraktikkan pembangkang, sebaliknya kami sudah lama menabur benih, dan hanya menunggu untuk menuai hasilnya”, katanya.

Menurutnya, menerusi Program JR, telah melaksana gerak kerja bersepadu yang menggabungkan tenaga baru dan lama sayap UMNO dan komponen BN. Katanya, antara aspek yang ditekankan dalam program berkenaan ialah menjalinkan jaringan dengan masyarakat di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM), terutama kumpulan sasar, antaranya suri rumah dan badan bukan kerajaan.

Rahmahjan berkata, Pergerakan Wanita UMNO Tenom, khususnya JR dan Jr Plus akan terus memperkasakan usaha ke arah menambat hati rakyat dan menentukan sokongan mereka kekal tidak berubah.

 “Untuk itu, pendekatan dan fokus kita akan diperhebatkan, supaya lebih dinamik, tangkas, efisien serta berkeupayaan untuk menjadi jua-ra dalam menyampaikan kebajikan kepada rakyat”, tambahnya.

 Menurutnya, Program JR dan JR Plus yang dilancarkan pada hari  ini, menjadi platform bagi pimpinan UMNO dan BN untuk bekerjasama dan bermuafakat dengan lebih tersusun dan berstruktur, sekaligus  membolehkan Wanita memberi perhatian kepada kumpulan pengundi akar-umbi dalam usaha memahami kehendak dan keperluan rakyat.

Rahmahjan turut mengingatkan rakyat akar umbi, agar sentiasa berwaspada dengaan permainan politik pembangkang, kerana mereka  sentiasa mencari isu, untuk mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan.

“Saya berasa kesal dan dukacita, dengan kritikan dan momokan pihak pembangkang, yang tidak mahu menerima realiti legasi kejayaan kerajaan  kita, sebaliknya mahu terus-terusan berfantasi, dalam dunia stimulasi dan halusinasi (gian dan khayal), seraya cuba-cuba memanipulasi dan mencari-cari,  kalau-kalau ada bara api yang boleh dimarakkan.

“Cakap mereka tidak serupa bikin, malah kadang-kadang `bikin kita panas'.  Saya sendiri secara peribadi tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan dan sindiran mereka, namun jangan sesekali kita jadikan ia sebagai penghalang atau peluntur semangat untuk terus berjuang demi rakyat.

 “Justeru kepada rakyat, saya ingin berpesan-pesan, `jangan hidup-hidup kita ditipu, mati-mati kita percaya'. Waspada dengan manipulasi mereka, jangan sampai terikut-ikut beremosi, sehingga `kayu dikatakan batu, langit dicapai dengan tangan' “, tegasnya. Ends///..

Jumaat, 3 November 2017

RUBIN MASIH DIPERLUKAN RAKYAT KEMABONG DAN TENOM

OLEH: ULU PADAS
 
PINTU GERBANG DIBINA KHAS MENYAMBUT KEDATANGAN RUBIN

MISI TURUN PADANG Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang tidak sekadar tertumpu disesuatu kawasan, namun sebaliknya Rubin telah melawat dibeberapa mukim dalam kawasan DUN Kemabong untuk bertemu rakyat. 

Selepas lawatan ke Mukim Inubai beberapa hari lalu, Rubin kali ini bertandang ke Mukim Tomani dimana lawatannya bermula di Kg Mahunsop sebuah perkampongan terpencil dalam daerah kecil Kemabong.
PENDUDUK MAHUNSOP BERSAMA RUBIN

Dalam lawatan misi turun padang, Rubin turut diiringi beberapa pegawai dan kakitangan kerajaan terutamanya Pegawai daerah Tenom Madiyem Layapan, wakil ADO Kemabong Sylvester Kisar Tuki, PPM Kemabong Matussin Balang, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tenom Ampalang dan para AJK Bahagian UMNO Tenom.

Setiap kali Rubin menjejakkan kaki disuatu tempat lawatan pasti disambut oleh masyarakat setempat sambil bertempik “ Hidup Umno! Hidup BN! Hidup Rubin!”...dimana ianya suatu semboyan yang memberi isyarat bahawa Rubin masih diperlukan dikawasan DUN Kemabong untuk meneruskan kepimpinan dan seterusnya melestarikan pembangunan mapan.

Tidak dinafikan, mereka yang menghadiri perjumpaan Rubin bukan sekadar sekelompok kecil masyarakat namun kalaupun bukan ribuan tetapi ratusan yang datang...kerana Rubin merupakan pemimpin yang disayangi bertanggung jawab membawa Kemabong keluar daripada kepompong kemiskinan.

 Justeru, rakyat Kemabong telah berikrar dan sepakat yang diikat didalam hati sanubari mereka bahawa apa pun gelombang membadai Kemabong pada PRU14, bahtera Umno dan BN dibawah teraju RUBIN BALANG tidak akan dibiarkan goyah malah mereka berjanji untuk terus berdiri teguh dibelakang Rubin.

 Ini kerana mereka telah melihat sendiri bukti yang nyata bahawa, Rubin benar benar telah menterjemahkan perjuangannya dalam membangun serta memajukan DUN Kemabong begitu pantas sejak Rubin berhijrah ke pentas BN sekitar tahun 1994.
SETIAP LAWATAN MESTI DISEDIAKAN OLE OLE..

 Kekaguman terhadap perancangan “blueprint” Rubin, saujana mata memandang melihat kemajuan dan pembangunan berlaku disana sini selepas memulakan tugas dan tanggung jawab menerusi kerajaan BN, dimana kini Kemabong telah berubah wajah, lingkaran jalanraya masuk kekampung kampong telah berturap (asphalt), bekalan elektrik luar bandar (BELB), bekalan air luar bandar (BALB) sudah mereka ke pelusuk kampong.

Selain itu, Kemabong diiktiraf sebagai “Daerah Kecil” atas perjuangan Rubin, bangunan URUSETIA DAN MAHKAMAH ANAK NEGERI Kemabong, Klinik Kesihatan Kemabong diketuai oleh seorang “Doktor “, sekolah sekolah menengah dan rendah malah kini Kemabong dapat melahirkan beberapa graduan siswazah dan telah pun berkhidmat dalam kerajaan...semua ini atas usaha Rubin.

Malah sosio ekonomi masyarakat Kemabong terus berkembang pesat dengan adanya berbagai bantuan kerajaan seperti penanaman getah berkelompok, subsidi padi bukit, buah buahan dan pembelian kepingan getah dan latex terus dilebarkan ke pelusuk Mukim dan perkampongan kerana jalanraya semuanya sudah dinaiktaraf tidak seperti dahulu.
RUBIN MENYAKSIKAN SATU ACARA SAMBUTAN ADAT

 Pendeknya, semua yang dihajati oleh rakyat Kemabong sebahagiannya sudah dapat ditunaikan, walaupun masih jauh untuk mencapai kemajuan mapan seratus peratus, tetapi selagi Rubin diberi mandat untuk terus memimpin DUN Kemabong kepastian mungkin akan terserlah dan rakyat Kemabong harus memikirkannya semasak masak.

Khamis, 2 November 2017

YAYASAN SABAH BANYAK BERJASA KEPADA RAKYAT MELALUI KHIDMAT SOSIALNYA, RUBIN

Oleh: Mail Mathew 
 
RUBIN DISAMBUT RAKYAT SEMASA KETIBAAN

KEMABONG: Program Sosial Yayasan Sabah terus berkhidmat kepada rakyat dalam satu program bersepadu iaitu Program Mesra Bersepadu Jabatan dan Agensi Kerajaan dimana antara lain pengisiannya seperti ceramah kesihatan, jenayah dan keselamatan amat berguna kepada masyarakat, kata Adun Kemabong Datuk Rubin Balang. 

 Beliau memberitahu bahawa pada suatu ketika dahulu peranan Yayasan Sabah skopnya agak luas kerana selain mengurus agihan kekayaan negeri ini kepada rakyat menerusi Amanah Rakyat Yayasan Sabah tetapi juga bertanggung jawab memberi bantuan “Schoolarship” kepada pelajar pelajar yang ingin menyambung persekolahan mereka ke menara gading, katanya.

“ Kita berterima kasih kepada Yayasan Sabah diatas peranannya dalam membantu rakyat yang memerlukan, dimana pada ketika itu kita masih mempunyai kekayaan pelbagai sumber khazanah bumi seperti kayu balak yang masih tebal.

“ Oleh itu, semua kekayaan itu dieksploitasikan  oleh Yayasan Sabah untuk membantu rakyat dalam program sosialnya,” katanya ketika merasmikan Program Mesra Bersepadu dianggotai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang dianjurkan Yayasan Sabah Zon Pedalaman dan UPPM Kemabong diKg Inubai dekat sini pada Selasa.

Rubin yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah dan Ketua Umno Tenom berkata, kerajaan akan senantiasa membantu rakyat dalam apa juga bentuk bantuan yang difikirkan sesuai terutamanya dalam bidang pertanian yang dapat meningkatkan ekonomi rakyat.

SERAH SIJIL KEPADA PENERIMA
 “ Malahan Kerajaan akan sedia membantu rakyat teknik yang baik untuk meningkatkan  kualiti tanaman buah buahan supaya hasilnya dapat di pasarkan dengan harga yang lebih tinggi...ini zaman persaingan dan kita perlu rebut peluang itu,” katanya.

 Selain itu, Rubin turut menasihatkan para penduduk agar mengekalkan semangat dan tradisi bergotong royong kerana dengan adanya sifat sedemikian bukan sahaja dapat mengekalkan semangat kekitaan tetapi juga ia dapat membantu mengatasi sesuatu kerja dengan cepat malah dapat menjimatkan kos, katanya.

“ Kita juga harus bertanggung jawab menjaga khazanah alam kita daripada dirosakkan atau dimusnahkan tanpa tujuan seperti penerokaan hutan dan kayu balak secara berlebihan...kerana dengan kemusnahan itu akan menjadi kepupusan kepada sumber alam yang bakal diwarisi generasi akan datang,” katanya sambil menegaskan bahawa rakyat perlu memberi sokongan terus kepada kerajaan yang ada untuk mempastikan pembangunan berterusan dan keharmonian berkekalan.
HADIRIN...PENDUDUK INUBAI

 Dalam pada itu, Program itu disambut baik oleh semua penduduk dimana antara lain pengisiannya seperti ceramah kesihatan oleh Pegawai Kesihatan Tenom, Ceramah jenayah dan keselamatan oleh Pegawai daripada PDRM dan ceramah bantuan bantuan kerajaan oleh pegawai Kebajikan dari Daerah Kecil, Kemabong. Ends///...(Mail Mathew)

Selasa, 3 Oktober 2017

SAMBUTAN KUIH BULAN PUPUK SEMANGAT MUHIBBAH MASYARAKAT MAJMUK

Oleh: Mail Mathew 
 
NEN CHONG IRINGI RAIME DALAM PERARAKAN TANGLUNG

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, Kerajaan komited memberi layanan sama rata terhadap semua kaum dalam negara ini termasuklah Masyarakat Tionghua, didalam merayakan adat dan senibudaya masing masing. 

Beliau memberitahu bahawa negara ini kaya dengan keunikan adat, senibudaya selain daya tarikan perayaannya menggamit minat orang ramai mahupun pelancong luar, katanya.

 “Walaupun terdapat perbezaan fahaman politik, kita dapat berkumpul bersama dan meraikan perayaan sambutan kuih bulan dalam suasana aman dan damai.

“Penganjuran sambutan kuih bulan yang meriah di daerah Tenom berpotensi untuk diketengahkan menjadi salah satu produk pelancongan di daerah ini disamping minuman terkenal Kopi Tenom...selain itu keindahan Taman Pertanian Sabah di Lagud Sebrang, Pusat Kebudayaan Murut dan lain-lain destinasi terdapat disini tidak kurang menariknya.

“Penglibatan semua pihak terutamanya persatuan-persatuan Tionghua dan sekolah-sekolah dalam program ini bukan saja dapat merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain malah dapat mengetengahkan bakat pelajar sekolah dalam menghasilkan bunga tanglung mengikut kreativiti masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Perayaan Kuih Bulan Jawatankuasa Dalam Bandar Tenom, Kapitan Cina Tenom dan Persatuan-Persatuan Masyarakat Cina Tahun 2017 di Dewan SJKC Chung Hwa, pada malam Sabtu lalu.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, En.Chong Neng Choon mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi diatas sokongan dalam menjayakan perayaan ini dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

“Terima kasih juga diatas penglibatan daripada persatuan-persatuan Tionghua dan 12 buah sekolah SJKC daerah Tenom yang sama-sama menjayakan perayaan Kuih Bulan tahun ini," katanya.

 Perarakan sempena sambutan Kuih Bulan itu telah bermula di Mali Street hingga ke SJKC Chung Hwa sambil membawa bunga tanglung yang melibatkan lebih 20 persatuan Tionghua daerah Tenom.

 Hadir sama, Adun Kemabong, YB.Datuk Rubin Balang, PPM Melalap, Simon Mamat, Pengerusi Penganjur, En.Chong Neng Choon dan para kapitan-kapitan Cina. End///...(Mail Mathew)