Sabtu, 14 November 2015

DATUK RUBIN LEGA KERAJAAN PUSAT HULUR PERUNTUKKAN RM60 JUTA NAIKTARAF JALANRAYA

Oleh: Mail Mathew

 KEMABONG: Penduduk Mukim Ulu Tomani khususnya kawasan Kg Alutok yang telah dikenal pasti antara perkampongan yang masih kekurangan dalam serba serbi pembangunan pastinya akan merasa gembira dan berpuas hati menerima limpahan peruntukkan pembangunan sejumlah RM60 juta untuk menaiktaraf jalanraya mereka.

 Justeru, mereka menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan itu amat bertepatan sekali ketika rakyat dikawasan luar bandar sering bertanya berhubung janji kerajaan untuk menaiktaraf jalanraya dikawasan itu, kata Adun Kemabong Datuk Rubin Balang ketika dihubungi pemberita pada Khamis.

Bagaimana pun, Rubin agak bersyukur kerana segala hasratnya untuk membawa pembangunan semaksimumnya sedikit sebanyak telah menampakkan hasil apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukkan sejumlah RM60 juta untuk menaiktaraf jalanraya Kg Tomani sehingga ke Kg Kaang sejauh 28 kilometer.

 “ Walaupun pelaksanaannya hanya akan bermula tahun hadapan (2016) namun kita bersyukur kerana impian rakyat telah dapat dilaksanakan....dimana selain memberi keutamaan kepada pembinaan jalan Kg.Tomani sehingga ke Kg.Kaang kita juga diberi keutamaan pembinaan semula rumah panjang Kg. Balantos Salong di kawasan Pensiangan yang terbakar baru-baru ini.

 “...(dan) ini menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak telah melihat dan merasai denyut nadi rakyat khususnya masyarakat luar bandar diSabah,” tegasnya.

 Bajet 2016 telah memperuntukkan pembangunan luar bandar diseluruh negara adalah sejumlah RM 5.4 bilion ringgit dan bagi negeri Sabah sejumlah RM1.5 billion dengan meliputi 28 peratus kawasan dinegeri ini akan dibangunkan bagi memenuhi keperluan rakyat terutamanya menaiktaraf jalanraya dikawasan pendalaman,memberi bekalan air bersih dan elektrik.

Dalam pada itu, Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi turut menyifatkan pemberian peruntukkan KKLW sejumlah RM60 juta untuk menaiktaraf jalanraya dikawasan itu sangat dinanti nantikan oleh penduduk berkenaan kerana keadaannya terlalu sempit dan daif.

Beliau menambah, bahawa tanpa jalanraya yang baik sebagai perhubungan harian, ianya akan menyulitkan para penduduk dikawasan itu untuk berurusan ke pusat bandar selain untuk memasarkan hasil pertanian mereka dipusat bandar.

 Justeru, Mamagun menggesa masyarakat itu agar terus mengekalkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada kerajaan yang prihatin khususnya Barisan Nasional (BN) kerana masyarakat Mamagun masih memerlukan banyak pembiayaan daripada kerajaan untuk terus maju kehadapan, tegas Rudy. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar RUBIN- Kelihatan Rubin menyerahkan cendera hati kepada Dato' Sabri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan