Sabtu, 14 November 2015

KOLUM "LAIN LAIN" DALAM BORANG KERAJAAN: HANYA YANG SAH ETNIK SABAH SAHAJA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) mengalu alukan langkah kerajaan meletakkan etnik kesukuan anak negeri sebagai pengganti kepada “lain lain” didalam borang borang rasmi kerajaan untuk mengelakkan pihak lain yang tidak berhak mengambil kesempatan, kata Setiausaha Agungnya Majiadih O.T Matalih (gambar).

MAJIADIH O.T MATALIH
 Beliau berkata demikian ketika memberitahu pemberita pada Ahad sebagai mengulas laporan akhbar baru baru ini, bahawa pihak kabinet Persekutuan meminta kerajaan Negeri Sabah mengemukakan  senarai etnik dan kesukuan yang layak disebut sebagai “Anak Negeri” dan “Sabah Bumiputra”.

Majiadih berkata, sebelum ianya diwartakan kerajaan perlu melakukan saringan untuk mempastikan mana mana etnik dan kesukuan yang benar benar layak sahaja dan berhak diberikan tauliah sebagai “ Anak Negeri dan Sabah Bumiputra” menggantikan kolum “lain lain”.

Menurut Majiadih, Mamagun pernah menyatakan protes dimedia sekitar tahun 2014 meminta pihak Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah supaya menarik balik penyenaraian beberapa etnik yang meragukan sebagai “Anak Negeri” seperti etnik Kagayan, Ubian, Simunul dan beberapa etnik lain yang mana kesemuanya berasal daripada Selatan Filipina.

 “ Kita bimbang ada pihak yang tidak berkenaan cuba menyusup masuk dan mendakwa dirinya sebagai Anak Negeri Sabah dan akan diberi kerakyatan tetap...pasti akan menambahkan lagi konflik kerakyatan dinegeri ini.

 “ Oleh itu, kita minta kerajaan perlu berhati hati dalam menentusahkan etnik dan kesukuan yang benar benar sahaja...kerana kita telah sedia maklum bahawa masalah pemilikan Kad Pengenalan dan pemberian kerakyatan kepada warga asing dinegeri ini masih belum selesai sepenuhnya...(tetapi) pada sebaliknya kita dibebankan lagi dengan isu lain,” tegasnya.

Selain itu, difahamkan bahawa pihak kabinet Persekutuan bersetuju untuk menangguhkan penggunaan kaedah etnik baru itu dicetak didalam borang rasmi kerajaan sebaik sahaja jawatankuasa teknikal Sabah dan Sarawak melaporkan persetujuannya.

 Jawatankuasa bersama itu dipengerusikan oleh Menteri Tenaga, teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus J Ongkili dan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Dato'Seri Douglas Unggah Embas. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1. Gambar MAJIADIH O.T MATALIH – Setiausaha Agung Mamagun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan