Sabtu, 14 November 2015

TAMBAH KAWASAN DUN DAN PARLIMEN DISABAH, KATA NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Presiden Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) Rudy Sulaiman Mairi (gambar), turut sependapat dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dinegeri ini bahawa ada keperluan untuk menambah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen terutamanya dikawasan Pedalaman sekiranya kajian persempadanan pilihanraya akan diadakan.

RUDY S MAIRI
Beliau berkata, berdasarkan pertambahan jumlah penduduk dan pengundi dikawasan kawasan yang didiami masyarakat Mamagun di kawasan Pedalaman kini semakin meningkat, adalah wajar pihak kerajaan untuk menimbang cadangan tersebut.

 Dengan adanya penambahan kawasan baru, mungkin khidmat sosial wakil rakyat dikawasan itu  dapat menampung pelbagai masalah rakyat terutamanya dari aspek pembangunan  supaya rakyat disekitarnya dapat diwakili sepenuhnya untuk perhatian kerajaan, tambahnya.

 Beliau berkata demikian ketika bertemu beberapa pemimpin masyarakat Mamagun dikawasan akar umbi yang diiringi Ahli Majlis Tertinggi Mamagun Reduan Puor dalam mukim Dalit pada Sabtu lepas.

 “ Kita memerlukan kawasan yang padat diduduki masyarakat Mamagun mendapat khidmat seorang wakil rakyat supaya masyarakat ini tidak akan tersisih daripada menyertai arus pembangunan perdana yang sedang rancak dilaksanakan kerajaan.

 “ Contohnya, kawasan Dun Sook, Nabawan, Melalap dan Tongod mungkin tidak sesuai diwakili hanya seorang wakil rakyat memandangkan kawasan terbabit yang begitu luas sedangkan populasinya semakin bertambah....sudah tentu keperluan pembangunan juga bertambah,” katanya.

Rudy berkata, Mamagun memandang positif  situasi tersebut perlu diambil perhatian pihak kerajaan berdasarkan alasan alasan tertentu yang mungkin ada menfaatnya kepada masyarakat dikawasan itu dari segi capaian pertumbuhan ekonomi sekiranya pengwujudan kawasan Dun baru itu menjadi realiti.

PARLIMEN MALAYSIA
Dalam pada itu, beberapa minggu lalu cadangan yang sama pernah dizahirkan oleh beberapa pemimpin komponen BN terutamanya Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semasa merasmikan mesyuarat tahun PBS Kuamut.

Sebelum itu, semasa mesyuarat tahunan PBS Melalap bulan lepas, Naib Presiden PBS yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh pernah mencadangkan agar 11 kawasan Dun dan 5 Parlimen diwujudkan diSabah dalam kajian persempadanan semula kawasan pilihanraya dalam masa terdekat ini. Ends///...(Mail Mathew)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan