Sabtu, 14 November 2015

HUJAH TAN SRI PAIRIN BERHUBUNG PERJANJIAN MALAYSIA 1963 DIDEWAN RAKYAT TEPAT, KATA NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Presiden Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) Rudy Sulaiman Mairi (gambar), menegaskan bahawa hujahan Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 ketika membahas Bajet 2016 diDewan Rakyat baru baru ini amat bertepatan sekali.

Beliau berkata, penyertaan Pairin didalam perbahasan itu tepat apabila beliau menyentuh pemeteraian Perjanjian Malaysia 1963 dilakukan secara tergesa gesa sehingga banyak perkara yang menjadi kekeliruan sesuatu yang amat menarik perhatian dan ianya perlu diperbetulkan bermula dari sekarang.

Pada Rabu, Pairin dipetik dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris sebagai berkata, “ Pairin blamed the British Government for not doing enough to prevent  the confusion that has cropped up on many issues following their hasty retreat with the formation of Malaysia on 16.9.1963”.

 “ Kita bersetuju pandangan Tan Sri Pairin bahawa kerajaan pusat perlu melihat isi kandungan perjanjian itu secara menyeluruh dan ianya harus dilaksanakan mengikut beberapa fasa...dimana antara lain meliputi hak menuntut 40 peratus kutipan hasil daripada Negeri Sabah oleh kerajaan Persekutuan.

 “ (kerana) apa yang kita fahamkan bahawa hak perkongsian kuasa antara tiga wilayah seperti Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu sepertimana yang termaktub didalam Perjanjian Malaysia 1963 tidak pernah dilaksanakan, menyebabkan punca timbulnya keraguan rakyat diwilayah Borneo (Sabah dan Sarawak) diatas kejujuran perjanjian itu,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Rabu.

 Oleh itu, disebabkan kekalutan isu itu, Rudy menyifatkan tindakan Pairin menyalahkan kerajaan British sebagai pihak yang bertanggung jawab lalai dan tergesa gesa merundingkan perjanjian itu sangat memang dinanti nantikan kerana sepatutnya perunding British wajar menjelaskan pada
PARLIMEN MALAYSIA
kesluruhannya halatuju perjanjian tersebut.

Selain itu, Rudy berkata, apabila Pairin menyentuh mengikut Klausa 48 IGC report dimana sejumlah 40 peratus hasil kutipan cukai patut dibayar kepada Sabah oleh kerajaan Persekutuan telah terabai tanpa kajian semula sejak tahun 2004 menyebabkan Sabah  kehilangan hak cukai itu sebanyak RM26 juta sebulan, kini kerajaan Persekutuan harus menyemaknya.

 “ Dengan perkiraan jumlah itu bermakna negeri Sabah telah terlepas daripada menikmati dana berbillion ringgit setiap tahun hasil kutipan
 DEWAN RAKYAT
daripada kerajaan Persekutuan,” ujar Rudy.

Dengan kata lain, seperti juga Pairin, beliau melihat senario itu, tidak hairanlah jika ramai kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak bersuara lantang sebagai protes kerana masing masing tidak berpuas hati terhadap hak mereka yang telah terabai sebelum ini. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar RUDY SULAIMAN MAIRI – Presiden Mamagun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan